Asklegal

Tender | Services

Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad ("EPIC") - Employee Benefit Insurances


Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad ("EPIC") (66667K) ingin mempelawa : 
1.0 Semua ejen insuran yang memenuhi kriteria berikut untuk menyertai tender ini iaitu: 
(a) Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi kod 221802 dan masih sah sepanjang proses tender. (Digalakkan ejen insuran yang berdaftar di Terengganu tetapi ia tidak diwajibkan) 
(b) Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman yang berkaitan dengan perkhidmatan insuran. 
(c) Berdaftar dengan pengendali (operator) Takaful 


NO TENDER
EPIC/GHRA/2020/ 05/01 



TAJUK TENDER
EMPLOYEE BENEFIT INSURANCES (GROUP HOSPITAL & SURGICAL, GROUP PERSONAL ACCIDENT AND GROUP TERM LIFE) FOR EASTERN PACIFIC INDUSTRIAL CORPORATION BERHAD AND
SUBSIDIARIES 



HARGA DOKUMEN
 RM 200.00



TARIKH TUTUP
27 MEI 2020 (RABU) 12 TENGAH HARI 


2.0 Hanya penender yang memenuhi syarat-syarat di atas layak untuk membeli Dokumen Tender.

3.0 Dokumen Tender boleh dibeli bermula dari 9 Mei 2020 (Sabtu) hingga 14 Mei 2020 (Khamis) sebelum pukul 4.00 petang. Sila hubungi Group Supply Chain EPIC Bhd di talian 09-8602272773/74 atau email kepada Setiausaha Tender epictender@epicgroup.com.my untuk sebarang pertanyaan. 

4.0 Bayaran bagi pembelian tender boleh dibuat kepada Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad melalui nombor akaun 1053 7000 0703 (Affin Islamic Bank) dan bukti pembayaran perlu dikemukakan kepada Setiausaha Tender. Semua kos pembayaran untuk Dokumen Tender tidak akan dikembalikan. 

5.0 Perincian penyerahan tender akan dijelaskan di dalam Dokumen Tender. 

6.0 EPIC tidak akan melayan dan mempertimbangkan sebarang kelewatan penghantaran dokumen tender. 

7.0 Sila ambil perhatian bahawa kaedah komunikasi dengan penender hanya melalui emel SAHAJA.

8.0 Pihak EPIC tidak terikat untuk menerima harga terendah dan tidak bertanggungjawab atas segala kos yang ditanggung oleh ejen insuran sepanjang tender dijalankan.


www.epicgroup.com.my