Asklegal

Tender | Services

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan - Possible Research Service On Aerospace Valley Development Proposal


 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat  syarikat  yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi menyertai tender berikut:



No.Tender
T/SUKNS/ BIL. 4/2020

 


Tajuk
Perkhidmatan kajian  Kemungkinan Mengenai Cadangan Pembangunan Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan 

Peringatan: Kehadiran Taklimat adalah diwajibkan. Sila bawa cop syarikat untuk pengesahan kehadiran Hanya pemilik syarikat sahaja dibenarkan menghadiri taklimat. Sebarang rayuan tidak akan diterima.

 


Kelas Pendaftaran
330112
330206
340103

 


Harga Dokumen (RM)
RM50.00 setiap satu borang

 


Tarikh Masa &  Tempat Taklimat/ Lawatan Tapak

 1/4/2020 (Rabu) 2.30 petang
Pejabat Sekretariat, Aras 18 Menara MAINS, 70100 Seremban, Negeri Sembilan


Dokumen tender boleh diperoleh pada waktu pejabat mulai 2 April - 14 April 2020 di Unit Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri 70503 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus dengan menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan dalam kod bidang seperti di atas dan Sijil Taraf Bumiputera (jika bertaraf Bumiputera) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan menyerahkan satu salinan (fotostat sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) senaskah yang tidak akan dikembalikan


Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam peti Tender yang ditetapkan di Unit Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5 Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari 14 April 2020. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan dan syarikat yang tidak menghadiri taklimat pada tarikh dan masa ditetapkan tidak layak memasuki tawaran tender.