Asklegal

Tender | Construction

Kompleks  Pendidikan  Al-Ummah - Education Complex Al-Ummah


KOMPLEKS PENDIDIKAN AL-UMMAH 

33, Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2 31200 Chemor, Perak. 

Pejabat: 05-525 3498 Telefon: 011-2421 0910


KENYATAAN TAWARAN 

1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja tender adalah dipelawa untuk menyertai tawaran tender untuk menjalankan kerja-kerja berikut:-


BIL 

1


NO. TENDER

AL-UMMAH/ FASA 1A/2020


TAJUK PROJEK 

CADANGAN MEMBINA KOMPLEKS PENDIDIKAN  AL-UMMAH YANG MENGANDUNGI:-

 

1. SEKOLAH RENDAH 36 KELAS 5 TINGKAT

2. SEKOLAH MENENGAH 24 KELAS 5 TINGKAT BESERTA LOWER GROUND FLOOR

3. PRA SEKOLAH 4 TINGKAT

4. KANTIN 3 TINGKAT BESERTA 1 TINGKAT AUDITORIUM

 

 

DENGAN KEMUDAHAN PADANG BOLA SEPAK DAN KAWASAN PERHIMPUNAN DI ATAS LOT 62592, DI KAMPUNG  ULU CHEPOR, MUKIM HULU KINTA, DAERAH KINTA, PERAK  DARUL RIDZUAN.

 

FASA 1A: KERJA TANAH DAN KERJA PILING SERTA KERJA - KERJA YANG BERKAITAN

 


SYARAT  PENDAFTARAN

CIDB: G4

 

Kategori: C   Pengkhususan: CE10, CE21 

 

Taraf / Jenis Syarikat: Bumiputera


LAWATAN TAPAK (WAJIB 

 

19/3/2020 (KHAMIS) Jam: 10.00 Pagi 

Tempat: Kompleks  Pendidikan  Al-Ummah


 

TARIKH TUTUP TENDER

30/3/2020  (ISNIN) 12.00  Tengahari  

Dokumen  tender yang lewat diterima  tidak akan  dipertimbangkan 


 

2. Setiap wakil hanya dibenarkan mewakili satu (1) petender sahaja. Sijil Pendaftaran Asal beserta satu salinan sijil tersebut dan Surat Wakil (bagi bukan pemegang asal sijil) hendaklah dikemukakan semasa lawatan tapak. Hanya petender yang menghadiri lawatan tapak dan taklimat sahaja dibenarkan menyertai tender ini. 

3. Dokumen Meja Tender dan Dokumen Tender boleh disemak untuk dibeli semasa waktu pejabat mulai 19 Mac 2020 sehingga 23 Mac 2020 di pejabat Kompleks Pendidikan Al-Ummah, No. 33, Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2, 31200 Chemor, Perak. 

4. Dokumen Tender boleh diperolehi dengan bayaran RM350.00 senaskah secara tunai dibeli di Kompleks Pendidikan Al-Ummah. 

5. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 10" x 13" dan dilakri serta ditulis tajuk tawaran tender dihujung atas sebelah kanan sampul. Dokumen tender tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam peti tender di pejabat Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU). 

6. Kompleks Pendidikan Al-Ummah tidak terikat untuk menerima dokumen tender yang terendah atau sebarang dokumen tender yang lain. Pihak KPU juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen tender yang tidak terdapat di dalam Peti Tender setelah Peti Tender dibuka. 

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.