Asklegal

Tender | Services

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Tax Assessment File File Scanning Service


1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang berkenaan serta dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-

 


PERKARA

Perkhidmatan Pengimbasan Fail Cukai Taksiran Di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun


KELAYAKAN

KKM: 210104


Taklimat:23.3.2020 (Isnin), Jam 11.00 pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 12, KOMTAR, Pulau Pinang [Pendaftaran : 10.30 pagi - 11.00 pagi]


Harga Dokumen : RM50.00 senaskah


Tarikh Tutup: 13.4.2020 (Isnin), Jam: 12.00 tengahari


 

2. Pengarah Syarikat atau wakil yang mempunyai surat kuasa diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

 

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.