Asklegal

Tender | Services

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor - Roof /Water Tank Maintenance & Repair


 

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dan Kerajaan Negeri Selangor dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja berikut:-


Butir-Butir Tawaran

1. KERJA-KERJA MENGGANTIKAN TANGKI AIR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK A, B & C, PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SEKSYEN 26, SHAH ALAM, SELANGOR

 

No. Tender: LPHS/T/K/20/01 

 

No. Fail : LPHS.UPO.400-5/10/4


Syarat-Syarat Pendaftaran

 

Berdaftar dengan CIDB Gred: G3 Kategori: CE Pengkhususan: CE20 Permit SPAN C3 (Sistem Bekalan Air)

 

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor


Harga Dokumen

RM120.00 (Tidak Akan Dikembalikan)

 

Bayaran dalam wang tunai


Butir-Butir Tawaran


2. KERJA-KERJA MENGGANTIKAN BUMBUNG DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK B & C, PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KG. BARU HICOM, SEKSYEN 26, SHAH ALAM, SELANGOR 

 

No. Tender: LPHS/T/K/20/02 

 

No. Fail : LPHS.UPO.400-5/10/5


Syarat-Syarat Pendaftaran

 

Berdaftar dengan CIDB Gred: G3 Kategori: B Pengkhususan: B15 (Pemasangan Bumbung)

 

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Dan  Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor

 


Harga Dokumen

RM100.00 (Tidak Akan Dikembalikan)

 

Bayaran dalam wang tunai


Tarikh dan Tempat Lawatan Tapak

 

Tarikh : Isnin 23 Mac 2020 

 

Masa : 10.00 Pagi


 

Tempat : Pejabat Pengurusan PPR HICOM 

Tingkat Bawah, Blok A, PPR HICOM, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor

 

Kehadiran Lawatan Tapak adalah WAJIB 

 

Kehadiran Lawatan Tapak hanya dibenarkan kepada penama yang dinamakan di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK / Sijil Perolehan Keria Kerajaan (SPKK) (Sila bawa Sijil Asal & salinan serta salinan Kad Pengenalan untuk semakan & pengesahan)


Pembelian Dokumen

Bermula 24 Mac 2020 sehingga 10 April 2020

Waktu Pejabat(8.00 pagi-12.45 tengahari dan 2.00 petang-3.45 petang) Kecuali Jumaat (8.00 pagi-12.00 tengahari dan 2.45 petang-3.45 petang)


 

Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada 16 Mac 2020 (Isnin) pada waktu pejabat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) – Bahagian Khidmat Pengurusan. 

 

Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada penama yang dinamakan di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)/Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja. Untuk maksud ini, penama tersebut hendaklah membawa dokumen asal Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, salinan Pengesahan Pendaftaran dengan UPEN Selangor dan Slip Pengesahan Kehadiran Lawatan Tapak serta satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen Tender. SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT.

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang menyatakan tajuk keria serta nombor Tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari 13 April 2020 (Isnin)., kepada:-

 

 

PENGARAH EKSEKUTIF 

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan No Tel: 03-5544 7537, No Faks: 03-5513 5568

 

 

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran tender.

Kenyataan tender ini juga boleh dirujuk melalui Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti berikut: http://phs.selangor.gov.my