Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan - Digitalized Document Business & Non Business


 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 210101 hingga 210106 untuk Tender Pendigitalan Dokumen Urusniaga Dan Bukan Urusniaga Bagi Tahun 2017 - 2019. Petender mestilah berdaftar dalam kod bidang yang dinyatakan di atas. 


Tajuk Tender 

Tender Pendigitalan Dokumen Urusniaga dan Bukan Urusniaga Bagi Tahun 2017 - 2019.  [Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah Dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Perkakaksan dan Perisian]


Kod Bidang

210101, 210102, 210103, 210104, 210105 dan  210106


No. Dokumen

TENDER (PTG).  01/2020 

Harga: RM50.00 


Taklimat Tender

Tiada 


Tarikh Tutup Tender

7 April  2020  


Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 16 Mac 2020 pada waktu pejabat di Unit Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan, Tingkat 4, Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban. 

 

Dokumen Tender akan dijual dari 16 Mac 2020 hingga 7 April 2020 pada waktu pejabat. 

 

Hanya pegawai-pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam sijil pendaftaran dibenarkan mengambil atau memberi kuasa kepada kakitangan syarikat untuk mengambil Dokumen Tender. Petender/Wakil hendaklah membawa bersama SIJIL ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA(KKM). 

 

Salinan-salinan perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh mengeluarkannya. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Tunai/Draf Bank/Wang Pos/Kiriman Wang Pos Sahaja Atas Nama" Bendahari Negeri, Negeri Sembilan". 

 

Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat Berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum jam 12.00 tengahari pada 7 April 2020 di Unit Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan, Tingkat 4, Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban. 

 

Petender yang lewat diterima tidak akan diterima / dilayan.

 

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN 

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN 

TINGKAT 4, BLOKA, WISMA NEGERI, 70503 SEREMBAN 

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

(NO. TEL: 06-7659824/26)