Asklegal

Tender | Installation Tender | Services

FELDA - Various Consulting Services


 

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang memenuhi Syarat-Syarat Kelayakan dalam jadual dibawah dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:

HARGA BORANG SENASKAH : RM350.00 


Tawaran No. PF. 

PF.2/20


Jenis Kerja/Projek

Perkhidmatan Perunding Bagi Melaksanakan Penilaian Kerosakan Komponen Pembinaan Arkitek, Pemasangan Komponen Mekanikal Dan Elektrikal, Kejuruteraan Bangunan Dan Infrastruktur Bagi 2444 Unit Rumah Projek Perumahan  Generasi Baharu FELDA (PGBF)


Syarat Kelayakan

1. Vendor FELDA (E-IKOF)

2. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia 

3. Berdaftar dengan Lembaga Jurukur Bahan 

4. Berdaftar dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia

5. Kementerian Kewangan (MOF)-330000-(Perkhidmatan Perunding Fizikal)-Pengkhususan - 330101/330102/330103/330104/330201/330202/330208

 


Lawatan Tapak 

23 Mac 2020(Isnin) 10.00 Pagi Pejabat Rancangan FELDA Papan Timur,   Kota Tinggi, Johor  Darul Takzim


TAWARAN INI MENSYARATKAN BAHAWA LAWATAN TAPAK PERLU DIHADIRI OLEH PEMILIK/PENAMA SYARIKAT (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) SERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL PENDAFTARAN ASAL PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN SERTA COP SYARIKAT. KEGAGALAN UNTUK HADIR SEMASA LAWATAN TAPAK MENYEBABKAN PENYERTAAN TENDER DITOLAK." 

 

Dokumen Tender boleh dibeli di kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur pada waktu pejabat jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang bermula 23 Mac 2020(Isnin). Bayaran pembelian Dokumen Tender hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN). 

 

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

 

 

PENGARAH BESAR TINGKAT 32 (KAUNTER JUALAN TENDER) MENARA FELDA, PLATINUM PARK

NO. 11, PERSIARAN KLCC 50088 KUALA LUMPUR

 

 

Dokumen Tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender sebelum atau pada 13 April 2020(Isnin) jam 12.00 tengah hari. TAWARAN YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.