Asklegal

Tender | Services

FELDA - Proposed Appointment of Consultant


Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang memenuhi Syarat-syarat dalam jadual dibawah dan berpengalaman untuk memasuki tawaran bagi kerja-kerja berikut:-

 

HARGA BORANG SENASKAH : RM100.00 


Tawaran No.

PF.1/20


Jenis Kerja

Cadangan Pelantikan Juru Perunding bagi Mereka dan Membangunkan Polisi dan Prosedur Operasi dan Kewangan Serta Manual Perakaunan FELDA


Syarat Kelayakan

1. Vendor FELDA (E-IKOF 

2. Kementerian Kewangan (MOF) Kod Bidang(340400-Perkhidmatan Perunding Kewangan)


Sesi Taklimat

23 Mac 2020(Isnin) 10.30 pagi hingga 11.30 pagi

Bilik 16, Tingkat 31, Menara FELDA


TAWARAN INI MENSYARATKAN BAHAWA SESI TAKLIMAT PERLU DIHADIRI OLEH PEMILIK/PENAMA SYARIKAT (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) SERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL PENDAFTARAN ASAL PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN SERTA COP SYARIKAT. KEGAGALAN UNTUK HADIR SEMASA SESI TAKLIMAT MENYEBABKAN PENYERTAAN TENDER DITOLAK.

 

 

Dokumen Tender boleh dibeli di kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur pada waktu pejabat jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang bermula 23 Mac 2020(Isnin).Bayaran pembelian Dokumen Sebut Harga hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).

 

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

 

 

PENGARAH BESAR TINGKAT 32 (KAUNTER JUALAN TENDER) MENARA FELDA, PLATINUM PARK

NO. 11, PERSIARAN KLCC 50088 KUALA LUMPUR

 

Dokumen Tender tersebut hendaklah dimasukkan ke Peti Tender sebelum atau pada 13 April 2020 (Isnin) jam 12.00 tengah hari. SEBUT HARGA YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.