Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Universiti Sains Malaysia - Office & Building Cleaning


Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk tender berikut:-

 

 

T1/19/BM/D/JPEMB/17(S)-INDUK: 

Perkhidmatan Kerja-Kerja Mencuci, Membersih Bangunan Dan Pejabat Di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Bagi Tempoh Selama Satu (1) Tahun Lima (5) Bulan Untuk Zon-Zon Berikut :

 


Bil. Zon    

1 D/Restu/1

Bil. Zon 

2. D/Restu/2

Bil. Zon 

3. D/BFPP/2


Kelayakan : Bidang 221001 - Pembersihan Bangunan Dan Pejabat

 

Syarat Kepada Petender :

 

i. Petender DIWAJIBKAN menghadiri lawatan tapak.

(Dokumen hanya dijual kepada petender yang telah menghadiri lawatan tapak sahaja). 

ii. Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. 

iii. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan.


Tarikh Tutup Tender: 8 April 2020 (Rabu), Jam 12.00 Tengah Hari


Tarikh/ Tempat Taklimat / Lawatan Tapak:

 

19 Mac 2020 (Khamis), Jam 10.30 pagi hingga 12.30 Tengah Hari Dewan Pembangunan Siswa 2, Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

 

 

Harga dokumen sebanyak RM55.00 (Senaskah mengikut zon) boleh dibayar secara tunai / bank deraf / kiriman wang yang dibuat atas nama 'Universiti Sains Malaysia' di Bursary@USM, Seksyen Pengurusan Hasil Dan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Bangunan D12, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang.

 

Dokumen Tender boleh didapati di alamat seperti di bawah dengan mengemukakan resit bayaran (Asal) dan salinan serta Sijil-sijil berkaitan yang masih sah tempoh lakunya yang telah dibuat salinan pada waktu-waktu berikut:-

 

 

Isnin - Khamis :

9.00 pagi hingga 12.00 tengahari 

2.30 petang hingga 4.00 petang 

 

Jumaat

9.00 pagi hingga 11.30 pagi 

3.00 petang hingga 4.00 petang

 

Petender perlu menyerahkan salinan resit bayaran dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan semasa mengambil dokumen tender dan salinan sijil-sijil lain yang berkaitan serta memastikan sijil tersebut masih sah tempoh lakunya.

 

Petender yang tidak mendapat sebarang maklum balas atau jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

 

Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam samput surat berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor, Nama Tender dan dimasukkan sendiri ke dalam peti tawaran di Seksyen Perolehan, Jabatan Bendahari, Bangunan C04, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang.

 

*Pihak Universiti berhak menerima kesemua atau sebahagian dari tawaran tender tersebut dan tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau mana-mana tender.