Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

Universiti Sains Malaysia - Supply And Deliver Drugs & Medications


Tawaran tender terbuka adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk tender berikut:-

 

T3/20/BM/USM/08 : 

To Supply And Deliver Drugs & Medications To Universiti Sains Malaysia For Two (2) Years, 2020 - 2022 (Series II).

 

Kelayakan : 

Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan - Kod Bidang 050201 ATAU 050202 ATAU 050203; ATAU 060101.

 

Tarikh Tutup Tender: 

6 April 2020 (Isnin), Jam 12.00 Tengah Hari 

 

Harga Dokumen : RM60.00 Senaskah (Termasuk Softcopy)

 

 

Bayaran boleh dibayar secara tunai / bank deraf / kiriman wang yang dibuat atas nama Universiti Sains Malaysia' di:-

 

i. Bursary@USM, Seksyen Pengurusan Hasil Dan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Bangunan D12, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM,Pulau Pinang; atau 

ii. Kaunter Hasil, Jabatan Bendahari, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.Dokumen Tender boleh didapati di alamat seperti di bawah dengan mengemukakan resit bayaran asal dan salinan yang telah dibuat pada waktu - waktu berikut:

 

USM, Pulau Pinang: 

Seksyen Perolehan, Jabatan Bendahari, Bangunan C04, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang

Isnin - Khamis : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

                           2.30 petang hingga 4.00 petang 

 

Jumaat : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi

               3.00 petang hingga 4.00 petang

 

 

USM, Kampus Kesihatan, Kelantan : 

Kaunter Hasil, Jabatan Bendahari, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

Ahad - Khamis : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi

                           2.15 petang hingga 4.00 petang

 

Petender diwajibkan membawa salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil berkaitan serta memastikan sijil tersebut masih sah tempoh lakunya.

 

Petender yang tidak mendapat sebarang maklum balas atau jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

 

Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama softcopy melalui pen drive atau CD dalam bentuk format Microsoft Excel (PLW5) dan format PDF (PLW6) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor, Nama Tender dan dimasukkan sendiri ke dalam peti tawaran di Seksyen Perolehan, Jabatan Bendahari, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

 

* Pihak Universiti berhak menerima kesemua atau sebahagian dari tawaran tender tersebut dan tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau mana-mana tender.