Asklegal

Tender | Services

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - Obtaining License Renewal & Maintenance For Network Monitoring System (NMS) Software & IBM MQ PVU Annual


TENDER PEROLEHAN PEMBAHARUAN LESEN DAN PENYELENGGARAAN BAGI PERISIAN NETWORK MONITORING SYSTEM (NMS) DAN IBM MQ PVU ANNUAL SUBSCRIPTION AND SUPPORT BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN UNTUK PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)


 

1. KENYATAAN AM / TAWARAN

 

1.1 Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 210102 & 210103 untuk Tender Perolehan Pembaharuan Lesen Dan Penyelenggaraan Bagi Perisian Network Monitoring System (NMS) Dan IBM MQ PVU Annual Subscription And Support Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Tender berikut:-


Tajuk

Tender Perolehan Pembaharuan Lesen Dan   Penyelenggaraan Bagi Perisian Network Monitoring System (NMS) Dan IBM MQ PVU Annual Subscription And Support Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Kategori

Hardware (high end technology) - All Types- of server, mainframe, high end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance, 

Software - Supply all -  computer software, operating system, database, off-the-shelf packages including maintenance


Kod Bidang

 210102 & 210103 


No. Dokumen

 PTPTN 2020/ T04


Tarikh Buka Tender

12 Mac 2020 (Khamis)


Tarikh Tutup Tender

06 April 2020 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari  


Harga Dokumen Tender

RM50.00 


• Taklimat berkaitan Tender akan diadakan pada 16 Mac 2020 (Isnin), jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Besar PTPTN, Tingkat 1, Blok D, Menara PTPTN, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.


1.2 Hanya Penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri taklimat Tender dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil. Sila bawa bersama Sijil Pendaftaran Syarikat berserta salinan dan Salinan Kad Pengenalan Diri Penama. 

 

1.3 Petender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki mengemukakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf berharga RM50.00 (tidak dikemba kan) yang dibuat atas nama Ketua Eksekutif Perbad Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  sebagai bayaran Dokumen Tender. Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan dan Sijil Bumiputera (jika syarikat Bumiputera) hendaklah ditunjukkan semasa membeli Dokumen Tender dan salinannya hendaklah diserahkan untuk simpanan PTPTN. 

 

1.4 Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 13A, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. 

 

1.5 Tender yang lewat dihantar tidak akan diterima / dilayan. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Tender yang dihantar. 

 

1.6 Semua keterangan mengenai Tender ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan perkhidmatan/bekalan perlu dikemukakan bersama-sama dokumen ini. 

 

1.7 Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam dokumen Tender. 

 

1.8 Pemilihan syarikat akan dibuat berdasarkan kebolehan dalam memenuhi skop kerja dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan serta anggaran kos yang ditawarkan oleh Petender dan hanya Petender yang berjaya akan dihubungi. 

 

1.9 Pihak PTPTN berhak menamatkan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat pada bila-bila masa sekiranya :

a) Tidak mematuhi skop kerja; 

b) Tidak memenuhi kriteria yang telah dipersetujui;

C) Tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. 

 

 

1.10 Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut :

Bahagian Pengurusan Perolehan 

i. Puan Che Anishah Binti Aziz Tel: 03.2193.1002

ii. Encik Amir Azham Bin Yunus Tel: 03.2193.1580 

iii. Encik Mohd Muazzam Bin Razali Tel: 03.2193.1398 

 

Jabatan Teknologi Maklumat 

i. Encik Zahirudin Bin Zainol Abidin Tel: 03.2193.1435 

ii. Puan Salwa Balkhir Binti Salim Tel: 03.2193.1438 

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Bahagian Pengurusan Perolehan, 

Tingkat 13A, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, 

No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.