Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Putrajaya - Nursery Management Service


KERJA-KERJA PENGURUSAN TAPAK SEMAIAN TAMAN WETLAND DAN TAPAK SEMAIAN TAMAN BOTANI, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (NO. TENDER: PPJ/JL/T/16/2020) 

 


1.Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor/Syarikat Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas. Kontraktor/Syarikat yang berminat untuk menyertai tender ini boleh layari laman https://dcoins.ppi.gov.my bagi tujuan pendaftaran kontraktor/syarikat. 

 

2. Maklumat Tender serta kelayakan asas kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:


SYARAT MEMASUKI TENDER

Gred: G5 Kategori: CE Khusus : CE14 Dan Berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Untuk Taraf Bumiputera 


TARIKH DAN  TEMPAT TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK

 

(17 Mac 2020) (Selasa) (9:30 pagi)

 

Bilik Mesyuarat Dahlia. Aras 5, Blok D, Kompleks Perbadanan Putrajaya.


TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL

17 Mac 2020 (Selasa) hingga 31 Mac 2020 (Selasa) 

 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Aras 1, Blok C, Perbadanan Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya  


HARGA DOKUMEN, BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA

Ringgit Malaysia RM 300.00.  (Tidak  Dikembalikan)  

 Tunai/Draf Bank Perbadanan Putrajaya


TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER TUTUP

8 April 2020 (Rabu) 12.00 tengah hari  

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Aras 1, Blok C, Perbadanan Putrajaya, Kompleks

Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya


 3. Kontraktor/Syarikat juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

- Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang serupa bernilai sekurang-kurangnya RM200,000.00 bagi (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu. 

4. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat. 

5. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DI DALAM SIJIL SSM/BORANG 9, 24 & 49) adalah DIWAJIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cap Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor/syarikat yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak tersebut.

6. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja dimana wakil – wakil Kontraktor/Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). Salinan Sijil-sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU. 

7. Tender ini akan ditutup pada 8 April 2020 bersamaan hari Rabu, jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas. 

8. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran dokumen Tender tidak akan dikembalikan.


KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:

www.ppj.gov.my