Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Malaysia Terengganu - Services For Camera /Audio Equipments & Boat Enjin


Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa bagi tawaran berikut :-


JENIS TAWARAN

 

No. Tawaran : UMT/T04/2020

 

TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJITERIMA DAN MENTAULIAH SET KAMERA DAN PERALATAN AUDIO VISUAL DI STUDIO E-PEMBELAJARAN, PUSAT DATA DAN PEMBANGUNAN DIGITAL, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


 

KOD KELAYAKAN

 

Kementerian Kewangan: 010501 - Kamera dan · Aksesori

 

 

DAN 210105 - Telecommunication/NetworkingSupply Product Insfrastucture, Services Including Maintenance (LAN/ WAN/Internet/ Wireless/Satellite)

 


NO.PETI

2

 


TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK

 

Tarikh: 15 Mac 2020 (Ahad)

 

Masa : 10.00 pagi

 

Tempat: Studio E-Pembelajaran, PSNZ, UMT

 

*Kehadiran taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan


JENIS TAWARAN

 

No. Tawaran : UMT/T05/2020

 

TENDER PENGGANTIAN DAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ENJIN BOT DISCOVERY VII DAN DISCOVERY IX, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

 


KOD KELAYAKAN

 

Kementerian Kewangan:  110603 -  Alat Ganti Dan Kelengkapan Bot/ Kapal/Kapal Selam

 

NO.PETI

1


 

TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK

 

Tarikh: 15 Mac 2020 (Ahad)

 

Masa : 10.00 pagi

 

 

Tempat: Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu 

 

 

*Kehadiran taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan 


 

HARGA DOKUMEN

 

RM100.00 Dijual pada: 15 Mac 2020 (Ahad)   Hingga 02 April 2020 (Khamis)

 


TARIKH TUTUP

06 April 2020 (Isnin)

 


Prosedur pembelian dokumen tender yang menggunakan sijil: 

Kementerian Kewangan - perlu membawa sijil ASAL dan SALINAN sijil hendaklah diserahkan semasa mendapatkan dokumen tender. 

 

Dokumen Tender akan dijual pada waktu pejabat mulai jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang (Ahad - Khamis) di Kaunter Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu. Bayaran pembelian dokumen tender boleh dibuat melalui :

 

 i. Mesin terminal kad menggunakan kad debit/kredit yang dibuat secara terus di Kaunter Pejabat Bendahari, UMT. atau; 

 

ii. Internet Banking melalui CIMB BANK BERHAD atas nama " Bendahari, Universiti Malaysia

Terengganu” no akaun 8601751742. 

 

 

Bukti pembayaran perlu dikemukakan semasa membeli / mendapatkan dokumen tender. 

 

Pembelian Dokumen Tender melalui pos tidak akan dilayan kecuali diuruskan sendiri oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik oleh petender. Pihak UMT tidak bertanggungjawab terhadap dokumen yang hilang dalam perjalanan yang dibeli oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik

 

 

Dokumen Tender hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam peti Tender yang terletak di Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, sebelum atau pada jam 12.00 tengahari sepertimana tarikh tutup pada jadual di atas. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

 

Pihak UMT tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak perlu untuk memberi sebarang alasan kepada petender yang tidak berjaya.

 

Iklan ini boleh dilayari di halaman web berikut :

http://www.umt.edu.my http://onlinepembekal.umt.edu.my