Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah - Work on Upgrading the Food Court


Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/PUKONSA/UPKJ/ Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja :-

 


No. Tender

PKNK  1/2020


 

Tajuk Projek

Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Medan Selera Usahawan Bumiputera Di Taman Ria Sungai Petani, Kedah Darul Aman.


Kelas Pendaftaran / Syarat Tambahan

Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)  

 

Gred: G4  

 

Kategori: Bangunan (B)

 

Pengkhususan : 

 

i) B04 -  Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan   dan; 

 

ii) B28 - Kerja-Kerja Ubahsuai


 

Harga Dokumen

RM600.00

 

Tunai / Wang Pos / Wang Kiriman / Bank Draft Atas Nama 

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH 

(Tidak akan dikembalikan)


Taklimat & Lawatan Tapak

 

15.3.2020  (Ahad) Jam 10.30  pagi di  tempat letak  kereta Medan Selera Taman  Ria, Sungai  Petani,  Kedah Darul  Aman. 


Tarikh Tutup & Serahan Tender

 5.4.2020 (Ahad)


 

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. Bagi tujuan ini, penama di dalam sijil PPK, SPKK dan STB adalah dikehendaki untuk menghadiri taklimat & lawatan tapak. Sila bawa bersama sijil pendaftaran ASAL PPK, SPKK dan STB yang masih sah serta satu salinan dan meteri (cop) syarikat. Kontraktor yang gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki akan dihalang dari menyertai lawatan tapak. Segala kos dan perbelanjaan bagi tujuan lawatan tapak ini adalah di bawah tanggungan kontraktor sepenuhnya.

 

 

Dokumen Tender HANYA akan dijual mulai 15.3.2020 sehingga 29.3.2020 semasa waktu pejabat kepada kontraktor-kontraktor yang telah disahkan menghadiri lawatan tapak dan mengemukakan sijil-sijil yang disebutkan di atas SAHAJA. Dokumen Tawaran hanya akan dijual kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa slip kehadiran lawatan tapak, sijil PPK, SPKK dan STB yang asal serta satu salinan bagi tujuan perolehan dokumen tender. Tender akan ditutup pada tarikh seperti yang ditetapkan pada jam 12.00 tengahari, di Peti Tender Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.