Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery

GIATMARA - Services For Worskhop & Car Paint Works


 

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:

 


NO TENDER

GMTD03/2020


 

TAJUK KERJA

 CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAH ALAT KELENGKAPAN BENGKEL TEKNOLOGI BAIKPULIH DAN MENGECAT KENDERAAN KEPADA GIATMARA JASIN (MELAKA), PONTIAN (JOHOR), JEMPOL (NEGERI SEMBILAN), TAMPIN (NEGERI SEMBILAN), KUALA LANGAT (SELANGOR), PUCHONG (SELANGOR), 

TANJUNG KARANG (SELANGOR), JENGKA (PAHANG), TEMERLOH (PAHANG), PAYA BESAR (PAHANG), KUALA LIPIS (PAHANG), MARANG (TERENGGANU), BESUT (TERENGGANU), TUMPAT (KELANTAN), JELI (KELANTAN),

TANJUNG MALIM (PERAK), BAGAN DATUK (PERAK), PASIR SALAK (PERAK), TAIPING (PERAK), KUBANG PASU (KEDAH), BUKIT MERTAJAM (PULAU PINANG), ARAU (PERLIS), SANTUBONG (SARAWAK) DAN BINTULU (SARAWAK) 


 

KOD BIDANG

130101  atau 130102


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

10/03/2020 Hingga 24/03/2020


TARIKH, MASA &  TEMPAT TAKLIMAT TENDER

 

25/03/2020 Rabu  Pendaftaran: 10.30 Pagi  

 

GIATMARA Kuala Lumpur 

- Lot 472, Lorong  Enggang 4, Taman  Keramat, 54200 Kuala Lumpur 


 

HARGA SENASKHAH DOKUMEN

RM 50.00


TARIKH TUTUP  TENDER

 15/04/2020   (Sebelum 12.00 Tengah   Hari) 

 


2. Pembekal hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen:

i) Sijil asal Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

ii) Sijil asal Akuan Pendaftaran Kontraktor BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

 

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukan untuk simpanan GIATMARA semasa sesi taklimat dan membeli dokumen. Pembekal hendaklah membawa cop syarikat semasa menghadiri Taklimat Tender. GIATMARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan GIATMARA tidak layak. 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara tunai/wang pos atas nama GIATMARA SDN. BHD. Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

4. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu Pejabat (8.30 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.30 petang - 4.30 petang di Wisma GIATMARA seperti alamat di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

5. Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti di atas. WAKIL SYARIKAT adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT/PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dan SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh GIATMARA semasa menghadiri taklimat tender..

 

6. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah tanggungjawab pembekal. 

 

7. GIATMARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. GIATMARA berhak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

8. Dokumen Tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Sdn. Bhd. 

Wisma GIATMARA NO. 39 Jalan Medan Tuanku, 50300, Kuala Lumpur

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengahari 

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan akan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.giatmara.edu.my.