Asklegal

Tender | Construction Tender | Services

Majlis Perbandaran Kuantan - Build & Building Management Business


 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengemukakan tawaran buat masa ini bagi bekalan/perkhidmatan berikut:-

 


BIL. 

1


TAJUK

CADANGAN PROJEK PENSWASTAAN BAGI MEMBINA DAN MENGURUSKAN BANGUNAN BERKONSEPKAN PERNIAGAAN DI PANTAI KEMPADANG MPK/W/T:04/2020


HARGA DOKUMEN SEBUTHARGA

RM100.00 Bayaran tunai/ dalam bentuk bank draf/ kiriman wang daripada Bank Tempatan Berlesen)


LESEN

Kementerian Kewangan Malaysia


TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

Kaunter Berpusat Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan, Jalan Tanah Puuh, 25100 Kuantan


TARIKH SEBUTHARGA DITUTUP

30 April 2020 (Khamis) jam 12.00 tengahari.


1 Dokumen tawaran boleh disemak dan dibeli pada waktu pejabat sahaja mulai 10 Mac 2020 (Selasa) di Kaunter Berpusat Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Kuantan, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur 

 

2. Syarikat yang berminat hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran Majlis Perbandaran Kuantan, Sijil Kementerian Kewangan dan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa pembelian dokumen sebutharga. 

 

3. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimeteri serta bertulis di sudut kiri atas tajuk seperti di atas dan dikembalikan kepada:Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Kaunter Berpusat Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Kuantan, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur sebelum tarikh tutup tawaran iaitu tepat jam 12.00 tengahari pada atau sebelum 30 April 2020 (Khamis). 

 

4. Pihak MPK tidak terikat untuk menerima tawaran serta tidak bertanggungjawab di atas apa juga perbelanjaan yang ditanggung oleh petender untuk mengemukakan tawaran ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pelancongan dan Penswastaan di talian 09-512 1555/666.