Asklegal

Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

 Universiti Sains Islam Malaysia - Services Of Webfiltering & Bandwidth


 

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan 100% milik warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:


Tajuk Tender

TENDER: USIM/T/P/B5/2020 

- PEROLEHAN SECARA SEWA BELI BAGI MEMBEKAL,  MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENAIKTARAF PERKAKASAN WEBFILTERING DAN BANDWIDTH MANAGEMENT DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Kod Bidang/Taraf

Kementerian Kewangan   Kod Bidang: 210102 dan  210105  dan 210107  


Tempat & Tarikh Dokumen Diperolehi

Kaunter Jabatan Bendahari , Aras 1, Jabatan Bendahari

 

Universiti Sains Islam Malaysia,  Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan 

 

Mulai 17 Mac 2020  hingga 31 Mac 2020  pada waktu pejabat 


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM70.00 Bendahari, USIM


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Jabatan Bendahari 

 

 Universiti Sains Islam Malaysia,  Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan pada 10 April 2020 jam  12.00 tengah hari 


Petender diwajibkan menghadiri sesi taklimat yang dijadualkan pada 17 Mac 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, SDEC (Bangunan Pusat Teknologi Maklumat), USIM, Bandar Baru Nilai.

Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat. Pihak syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan. Sila bawa bersama Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan semasa menghadiri taklimat.


 

Bagi tujuan pembelian, dokumen-dokumen akan dikeluarkan kepada penama syarikat atau wakil-wakil syarikat yang sah sahaja. Bagi maksud ini wakil-wakil syarikat hendaklah membawa dan mengemukakan surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil syarikat hendaklah membawa Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan. Setiap individu hanya dibenarkan mewakili satu syarikat sahaja bagi tujuan pembelian.

 

Salinan-salinan perakuan dan atau sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya. 

Pembayaran boleh dibuat dalam bentuk Wang Pos, Kiriman Wang atau Draf Bank atas nama

BENDAHARI USIM.