Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Pasir Gudang  - Safety Security Services


Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor bertaraf BUMIPUTERA yang mempunyai lesen berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) di bawah tajuk / pengkhususan berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

 


BIL

1


JENIS KERJA & BILANGAN TAWARAN 

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG UNTUK TEMPOH 2 TAHUN

 

MPPG/T50/2020/BPK/JPPH


GRED, KATEGORI, PENGKHUSUSAN

220801


HARGA DOKUMEN

RM300.00


 

Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang system sebutharga MPPG iaitu di http://www.mppg.gov.my/eSebutharga mulai 11 MAC 2020 (RABU) hingga 31 MAC 2020 (SELASA) dikenakan bayaran seperti dinyatakan di atas dalam bentuk Bank Draf atau Kiriman Wang Pos atau Kiriman Pos Berpalang di atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG dan juga bayaran atas talian (“On-Line") juga akan diterima. Bayaran secara tunai tidak diterima sama sekali.

 

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat.

 

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

 

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang 

Aras 19, Menara Aqabah 

Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 02 APRIL 2020 (KHAMIS) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.

 


KONTRAKTOR YANG BERMINAT PERLULAH MENDAFTAR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN DI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG. SEGALA PEMBELIAN DIBUAT SECARA "ON LINE" DI LAMAN SESAWANG SISTEM SEBUTHARGA MPPG FAITU http://kontrak.mppg.gov.my/eSebut Harga. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 07-2547771 - Bahagian Pengurusan Kontrak.