Asklegal

Tender | Construction

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - Build Water Tank & Related Works


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-


BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

Tajuk Projek

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN TANGKI AIR 1,000,000 GALLON DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SELANGOR CYBER VALLEY, MUKIM DENGKIL, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

 

No. Kontrak

PKNS/JKWS/SCV/KON-2/2018


 

SYARAT PENDAFTARAN

CIDB: 

Gred G7

Kategori CE & B

Pengkhususan CE21. CE20 & B04  

DAN 

SPAN IPA Permit C1


 

TEMPAT DAN TARIKH  DOKUMEN DIJUAL 

 

Bahagian Perolehan   Tingkat 3, Kompleks PKNS  Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam. 

 

Pada: 13 MAC 2020 HINGGA  27 MAC 2020  

 

Jam: 9.00 Pagi - 4.00 Petang


TARIKH TENDER DITUTUP

3 APRIL 2020 Jam 12.00 Tengahari

 


1. Keutamaan diberikan sekiranya petender / syarikat memiliki pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah:

i) Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) 

ii) Amalan kerja yang berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MS ISO 45001:2018) 

iii) Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2015)

(Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumen tender / tawaran) 

 

 

2. LAWATAN TAPAK akan diadakan pada 12 MAC 2020 (KHAMIS) jam 10.30 PAGI bertempat di Galeri Jualan PKNS, Selangor Cyber Valley. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN, hanya kontraktor yang hadir sahaja layak membeli tender. 

** Wakil Syarikat perlulah dari kalangan yang berkelayakan seperti Pengurus Projek, Jurutera, Juruukur Bahan dan Yang Berkenaan. 

 

3. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM450.00 dan hendaklah dibuat dalam bentuk Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan) 

 

4. Naskah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 13 MAC 2020 

 

5. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Syarikat atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Syarikat ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Syarikat dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, DOKUMEN ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), SIJIL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (PKK), SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) serta WAJIB membawa SATU SALINAN bagi setiap Sijil-Sijil tersebut semasa membeli

dokumen tender. 

 

 

6. Petender dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Senarai Semak dan Perakuan Tender di dalam Dokumen Tender dan memahami kehendak Dokumen Tender sebelum mengemukakan Dokumen Tender

 

7. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:-

 

BAHAGIAN PEROLEHAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PERSIARAN TASIK, 40505 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03-5525 0300

http://etender.pkns.gov.my 

 

 

8. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.