Asklegal

Tender | Renovation

KWSP - Interior Renovation Works


Tender adalah dipelawa secara terbuka bagi kerja seperti berikut:-

 


NO. RUJUKAN PELAWAAN

KWSP.JPH (S).4005/7/40


KETERANGAN TENDER

CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI RUANG DALAMAN BAGI PEJABAT KWSP CAWANGAN BAYAN BARU,  PULAU PINANG.


KOD BIDANG

(CIDB) GRED G4  BO7 ATAU B28 Dan SPKK


WANG KESUNGGUHAN 

(RM)   5,000.00     


TARIKH:/ TEMPAT LAWATAN TAPAK (WAJIB)

 

Tarikh

13 Mac 2020 (Jumaat)

 

Masa

10.30 Pagi 

 

Lokasi 

Tingkat Bawah, Pejabat KWSP Bayan Baru, Blok F-2, Jalan Bayan Indah 1, Bay Avenue, Bayan Baru, Pulau Pinang


TARIKH PELAWA

09 Mac 2020 (Isnin)


TARIKH TUTUP

03 April 2020 (Jumaat)


 

1. Tawaran Tender bersama maklumat lengkap pelawaan boleh diperoleh atas talian selepas tiga (3) hari dari tarikh lawatan tapak. Hanya pembekal yang berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP (SAP Ariba – Ariba Network) sahaja yang layak menyertai Tender ini. 

 

2. Bagi pembekal yang belum berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan pendaftaran seperti berikut: http://epf.supplier.ariba.com/ad/selfregistration. Tuan/puan boleh menghubungi KWSP melalui emel procurement@epf.gov.my atau hubungi talian 03-26162005 untuk sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran. 

 

3. Pembekal hendaklah mempunyai sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan SPKK yang masih sah tempohnya semasa membuat pendaftaran secara online untuk Tender ini. Pelawaan Tender tidak akan ditawarkan sekiranya pembekal gagal mengemukakan dokumen lengkap dan terkini sewaktu membuat pendaftaran. 

 

4. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas. Kegagalan pembekal

mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan perolehan TERBATAL dengan sendirinya. 

 

5. Pembekal dikehendaki mengemukakan salinan Wang Kesungguhan sebanyak RM5,000.00 dalam bentuk Bank Deraf / Jaminan Bank di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa menghantar dokumen secara atas talian. Bank Deraf / Jaminan Bank yang asal hendaklah dihantar terus kepada Unit Pengurusan Tender/Vendor di Tingkat 14, Jabatan Pengurusan Harta, Bangunan KWSP Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur selepas proses penghantaran melalui sistem e-Procurement KWSP selesai dilakukan. Wang Kesungguhan ini akan dikembalikan selepas keputusan Tender dibuat. 

 

6. Tawaran dan Dokumen perolehan yang telah lengkap dikunci masuk dan dilampirkan hendaklah dihantar melalui sistem e-Procurement KWSP tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 03 April 2020 (Jumaat). 

 

7. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran Tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan Tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan Tender ini.