Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery

Perbendaharaan Negeri Selangor - ICT Rental Services


Tawaran adalah dipelawa kepada petender-petender yang masih dibenarkan membuat tawaran masa ini dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor (melalui Sistem Tender Online Negeri Selangor 2.0- http://tender.selangor.gov.my) serta mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan berpengalaman dalam melaksanakan bidang - bidang yang dicadangkan seperti berikut:


NO. / TAJUK TENDER

PWNSEL/DT02/2020

TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERKAKASAN ICT SECARA SEWAAN BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN UNTUK PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR


MAKLUMAT PENJUALAN DOKUMEN 

 

Melalui Laman Web Sistem Tender Online Negeri Selangor: http://tender.selangor.gov.my

Tarikh Jualan : 6 Mac 2020 hingga 27 Mac 2020, pada jam 12.00 tengah hari

 

Harga : RM 50.00 senaskhah (Bayaran tidak akan dikembalikan)


SYARAT PENYERTAAN TENDER

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210101, 210102, 210103, 210104, 210105, 210106 dan 210109

Dan 

Berdaftar dengan Kerajaan Negeri Selangor (melalui Sistem Tender Online Negeri Selangor 2.0 - http://tender.selangor.gov.my) 


TARIKH TENDER DITUTUP

27 Mac 2020 pada jam 12.00 tengah hari

Tawaran yang lewat  diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN 


Pembelian dokumen tender hendaklah dibuat secara atas talian menerusi Sistem Tender Online Negeri Selangor di alamat URL: http://tender.selangor.gov.my. Sebarang transaksi bagi pembelian dokumen tender adalah menggunakan kemudahan kad kredit dan perbankan Internet (FPX). Segala bayaran tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri, ditanda dengan Kod Tender: PWNSEL/DT02/2020 dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:

 

Peti Tender 

Bahagian Khidmat Pengurusan 

Perbendaharaan Negeri Selangor

Tingkat 12 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40592 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 

Unit Teknologi Maklumat - 03-55447223/7230, Bahagian Khidmat Pengurusan - 03-55447913/7205