Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Darul Khusus - Supply of Fertilizer & Complementary Material


Tawaran ini terbuka kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 070101-(Baja dan Nutrien) yang masih berkuatkuasa bagi menyertai tender seperti berikut: 


NO. TENDER 

PPNST (BAJA) 01/2020


TAJUK TENDER

 Membekal Dan Menghantar Bekalan Baja dan Bahan Pelengkap Ke Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2020.

 (Perincian adalah seperti di lampiran Dokumen Tender)


KOD BIDANG

070101 -   Baja & Nutrien


1. Dokumen Tender boleh didapati mulai 13 Mac 2020 hingga 3 April 2020 pada waktu pejabat di alamat Jabatan Pertanian Negeri, Tingkat 3, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus dengan menunjukkan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam kod bidang seperti di atas dan SIJIL TARAF BUMIPUTERA (jika bertaraf Bumiputera) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan menyerahkan satu salinan sijil-sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender. 

 

2. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) secara TUNAI sahaja dan bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

3.TAKLIMAT: Satu sesi taklimat akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Mac 2020 (Jumaat)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Teratai Aras G, Wisma Negeri, 70503 Seremban Negeri Sembilan

4. Kehadiran pada sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN. Kegagalan untuk menghadiri taklimat ini boleh menyebabkan tawaran tender TIDAK dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan - perkara ini tidak akan dilayan.

 

5. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan di sebelah atas kiri sampul surat No. Tender dan Tajuk Tender dan dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat:

 

JABATAN PERTANIAN NEGERI,

TINGKAT 3, BLOK D, WISMA NEGERI

70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 

 

Tarikh tutup tidak lewat dari dari jam 12.00 tengah hari pada 3 April 2020. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.