Asklegal

Tender | Services

Bahagian Bekalan Air Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli - Water Supply Problem Project


Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan seperti di bawah untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:

 


NO. TENDER

BBA/(PP)/02/2020


 

BUTIR-BUTIR PELAWAAN

Projek  Mengatasi Masalah Sumber Air Di Daerah Ranau, Sabah (Pasca Gempa Bumi)

 


KOD BIDANG

330101 (Kejuruteraan Awam)


 

TARIKH TUTUP (12.00 TENGAH HARI)

16 April 2020 (Khamis)


 

SYARAT UTAMA PELAWAAN

Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi pembelian Dokumen Tender. 

1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan. 

2. Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah. 

3.Hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding, Kementerian Kewangan

sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat tender. 

4. Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal Akuan Pendaftaran - Firma Perunding, Kementerian Kewangan dan Salinan WAJIB dibawa semasa taklimat tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan penama selain daripada penama dalam Akuan Pendaftaran Firma Perunding tersebut. 

5. WAJIB menghadiri taklimat tender seperti berikut:

Tarikh : 20 Mac 2020 (Jumaat) Masa : 10.00 Pagi (Pendaftaran bermula 9.00 pagi) 

Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 1

Bahagian Bekalan Air Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli Aras 1, Blok E4/5 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62668 Putrajaya


Syarat-syarat Am, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh dibeli daripada kaunter/pejabat Agensi di SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN, BAHAGIAN BEKALAN AIR, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI, ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62668 PUTRAJAYA bermula pada 20 Mac 2020 hingga 27 Mac 2020 semasa waktu pejabat (8.00 pagi hingga 4.30 petang). 

 

Dokumen Pelawaan dijual dengan harga RM80.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Sahaja) bagi setiap satu (1) set. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf dari institusi Bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli. 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli. Sila tuliskan nama projek bagi kedua-dua sampul surat berkenaan. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat seperti di bawah: 

 

Tempat serahan dokumen: 

 

SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN

BAHAGIAN BEKALAN AIR KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI

ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62668 PUTRAJAYA. 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari mengikut tarikh tutup tender yang telah ditetapkan di atas. Sebarang kelewatan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.