Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Majlis Agama Islam Negeri Johor - Office Cleaning Services


Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berpengalaman serta berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan dengan pendaftaran yang masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk membuat tawaran harga bagi perkhidmatan berikut :-

 


BIL. 1


NO.TENDER

MAIJ 3/901/1 (02/2020)


PERIHAL  TENDER

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN PEJABAT 3/901/1 SERTA KERJA BERKAITAN BAGI IBU  PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM

NEGERI JOHOR TERMASUK PEJABAT SEKITARNYA DAN MAINJ JOHOR BAHRU BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

 

 Kehadiran ke sesi taklimat adalah  DIWAJIBKAN pada tarikh dan tempat sebagaimana yang ditetapkan. Hanya PETENDER (Penama dalam Sijil Kewangan/ SSM sahaja) dibenarkan hadir ke taklimat dan TIDAK BOLEH_diwakilkan. Sila bawa DOKUMEN ASAL iaitu Surat Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) beserta Sijil Pendaftaran Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Tarikh Taklimat :

10/03/2020 (SELASA)

Jam : 10.00 Pagi

 

Tempat : Bilik Multimedia, Aras Bawah, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80000 Johor Bahru.


HARGA  DOKUMEN /  TARIKH MULAI DIJUAL

 RM 50.00

10/03/2020 (SELASA) 


SYARAT PENDAFTARAN

Kontraktor Bumiputera yang  berdaftar dengan  Kementerian   Kewangan yang masih sah dan  berkuatkuasa di bawah Kod  Bidang 221001 (Pembersihan  Bangunan Dan  Pejabat)  


1. Dokumen Tender boleh dibeli-SELEPAS menghadiri taklimat atau pada waktu pejabat di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru. Dokumen akan dikeluarkan kepada PETENDER (Penama dalam Sijil Kewangan/ SSM sahaja). Petender yang tidak menghadiri taklimat TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen. Sekiranya petender (yang menghadiri taklimat sahaja) ingin mewakilkan bagi pembelian dokumen, wakil petender tersebut DIWAJIBKAN membawa bersama surat perwakilan syarikat dan cap syarikat. Pihak MAINJ berhak menolak pembelian borang tersebut sekiranya dokumen-dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna. 

 

2. Petender juga boleh mengemukakan Penyata Zakat Tahunan dan Resit Bayaran Zakat terkini bagi syarikat atau individu (sekiranya ada). 

 

d3. Bayaran bagi dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau; kiriman wang pos (money order) atau wang kiriman pos berpalang (postal order) dan dibayar atas nama BAITULMAL JOHOR. 

 

4. Tarikh tutup Tender adalah pada: 31/03/2020 (SELASA) jam 12.00 tengah hari. Dokumen yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis No. Tender dan Perihal Tender di sudut sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80000 Johor Bahru. 

 

5. Pihak MAINJ tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran Tender. 

 

6. Petender akan menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan Tender yang disertainya. 

 

7. Mana-mana petender yang tidak menerima surat tawaran / panggilan daripada Pihak MAINJ dalam masa sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya.

 

Dengan perintah, 

Ketua Pegawai Eksekutif 

Majlis Agama Islam Negeri Johor