Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery

Universiti Sains Islam Malaysia - Services For Computer Lab


Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat kontraktor 100% milik tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut :

 


Tajuk Tender

Tender: USIM/T/B/B1/2020 MEMBEKAL, MENGHANTAR MEMASANG DAN MENGUJI KOMPUTER MAKMAL, DEWAN KULIAH DAN

POLIKLINIK, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


Kod Bidang/ Taraf

Kementerian Kewangan Malaysia

 

Kod Bidang 210101 atau 210102 atau 210103


Tempat & Tarikh Dokumen Diperolehi

 

Kaunter Jabatan Bendahari, Aras 1, Jabatan Bendahari

 

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

 

mulai 12 Mac 2020 hingga 27 Mac 2020 pada waktu pejabat


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM70.00 Bendahari USIM


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Jabatan Bendahari

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

 

pada 6 April 2020 jam 12.00 tengah hari


Petender diwajibkan menghadiri sesi taklimat yang dijadualkan pada 12 Mac 2020 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, SDEC, Bangunan Pusat Teknologi Maklumat, USIM, Bandar Baru Nilai. Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat. Pihak syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan. Sila bawa bersama Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan semasa menghadiri taklimat.

Bagi tujuan pembelian, dokumen-dokumen akan dikeluarkan kepada penama syarikat atau wakil-wakil syarikat yang sah sahaja. Bagi maksud ini wakil-wakil syarikat hendaklah membawa dan mengemukakan surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil syarikat hendaklah membawa Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan. Setiap individu hanya dibenarkan mewakili satu syarikat sahaja bagi tujuan pembelian.

Salinan-salinan perakuan dan atau sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya Pembayaran boleh dibuat dalam bentuk Wang Pos, Kiriman wang atau Draf Bank atas nama BENDAHARI USIM.