Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Kuala Lumpur - "HYDROTREATER UNIT (HTU) TRAINING PILOT PLANT & TOOLS SERVICES


Tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang masih berkuatkuasa pendaftarannya untuk menyertai tender berikut:-


 

NO. TENDER

UniKL/T/ MITEC/RMK11 - RP4&RP5/2020/001


TAJUK

 CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAH  PERALATAN LATIHAN DAN  PEMBELAJARAN "HYDROTREATER UNIT (HTU) TRAINING PILOT PLANT” BAGI PROGRAM BACHELOR OF PETROLEUM ENGINEERING TECHNOLOGY (OPERATION AND SAFETY) WITH HONOURS DI UNIVERSITI KUALA LUMPUR KAMPUS CAWANGAN MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (UNIKL MITEC), JOHOR


KOD BIDANG

130101 (Mesin dan Kelengkapan Bengkel/ 130102 (Mesin dan Kelengkapan Khusus)


HARGA DOKUMEN TENDER

 

Harga tender adalah sebanyak RM500.00 (tidak dikembalikan)


TEMPAT, TARIKH & TEMPOH DOKUMEN DIJUAL

 

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Persiaran Sinaran Ilmu, 81750 Johor Bahru, Johor. Mulai: 12/3/2020 (selepas taklimat tapak) 

 

Hingga: 26/3/2020 

 

AHAD - KHAMIS 8.30 pg - 12.30 tgh 2.30 ptg – 4.00 ptg


TEMPAT TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Persiaran Sinaran Ilmu, 81750 Johor Bahru, Johor. Tarikh: 12/3/2020 Masa: 11.00 pagi

 

1. Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

i) SIJIL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

iii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

 

2. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama AKAUN PENERIMAAN UniKL MITEC.

 • Wang ini tidak dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

3. TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK ADALAH WAJIB. Hanya Pemilik/Penama syarikat seperti nama yang terdapat di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan sahaja yang dibenarkan - menghadiri sesi taklimat tender. Wakil syarikat adalah tidak dibenarkan menghadiri sesi taklimat.

Syarikat yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan ini tidak dibenarkan untuk menyertai tender. 

 

4. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal. 

 

5. UniKL berhak mempersetujui nilai tender sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta

menambah atau mengurangkan kuantiti barangan tender. 

 

6. UniKL tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. UniKL berhak untuk be membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut 

 

7. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGURUS KANAN

BAHAGIAN PEROLEHAN 

TINGKAT 30, 1016, JALAN SULTAN ISMAIL

50250 KUALA LUMPUR. 

 

Tarikh Tutup Tender pada 1 April 2020 sebelum jam 12.00 tengah hari. 

 

 

8. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima.