Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Segamat - Road Repair And Services


Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bertaraf Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat tempatan yang masih sah dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :


BIL 1 


TAJUK

No.Tender : MPS.600-8/7/183 MENURAP SEMULA JALAN DAN MEMBAIKI PARIT SERTA LAIN - LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI JLN PEE KANG HAI, JLN DATO SYED ABDUL KADIR DAN JLN SUSUR, KG ABDULLAH, JLN SELATAN DAN LORONG BELAKANG, TMN TENGGARA,  LORONG BELAKANG TMN NURI, JLN PERKASA,  TMN SRI WAJA, JLN ANGGERIK, ANGGERIK 1, 2, LORONG BELAKANG TMN SRI SUTERA DAN LORONG BELAKANG, TMN TASIK, SEGAMAT


BIL 2


TAJUK

No. Tender : MPS.600-817/184 

MENURAP SEMULA JALAN DAN MEMBAIKI PARIT SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI JLN BISTARI 1/14,1/15, 1/16, TMN YAYASAN FASA 1 DAN JLN BISTARI 4/1, 4/2, 4/3, 4/4, 4/10, 4/12, TMN YAYASAN FASA 2, BULOH KASAP, SEGAMAT


KELAS/KOD  BIDANG PENGKHUSUSAN 

Gred : G4 ,  Kategori : CE  Pengkhususan :  CE01 & CE21  

 


Dokumen Tawaran boleh didapati di Pejabat Majlis Perbandaran Segamat dengan bayaran dalam bentuk DRAF BANK daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau KIRIMAN WANG POS (MONEY ORDER) atau WANG KIRIMAN POS BERPALANG (POSTAL ORDER) berjumlah RM84.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Puluh Empat Sahaja) bagi setiap naskah dokumen atas nama MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT 

 

Dokumen tawaran akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang sah atau wakilwakil yang ditauliahkan dengan mengemukakan Sijil Asal Serta Salinan Perakuan Pendaftaran, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB, Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari BPKU dan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (SSM). 

 

Lawatan tapak akan diadakan pada 10 MAC, 2020 (SELASA) jam 10.00 pagi dan hendaklah melaporkan diri di pejabat Majlis Perbandaran Segamat sebelum jam 10.00 pagi pada hari tersebut. Lawatan tapak adalah diwajibkan dan hanya penama di Sijil Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat dan tidak boleh mewakilkan selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil. Tarikh dokumen mula dijual pada 10 MAC, 2020 (SELASA) dan ditutup jualan ialah pada 24 MAC, 2020 (SELASA) pada waktu pejabat. 

 

Tarikh tutup tawaran adalah pada 31 MAC, 2020 (SELASA) Jam 12.00 tengah hari dan dokumen tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Pejabat Majlis Perbandaran Segamat. 

 

Majlis Perbandaran Segamat tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran atau mana-mana tawaran yang terendah.

(HAJI MD. ASRI BIN HAJI AMIR) Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Segamat