Asklegal

Tender | Services

Majlis Bandaraya Johor Bahru  - Landscape Consult Services


Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang seperti di bawah untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :-


NO.  TENDER

MBJB/P/ 1/2020 


BUTIR-BUTIR PELAWAAN

PERKHIDMATAN PERUNDING  LANDSKAP  BAGI PENYEDIAAN PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 


KOD BIDANG 

 330205 (Arkitek Landskap) 


TARIKH TUTUP  TENDER  (12.00 TENGAH HARI) 

30 Mac 2020  (Isnin)    


 

SYARAT-SYARAT UTAMA PELAWAAN 

 

Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan pembelian Dokumen Pelawaan.

 

 

1. Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Dan Tempoh Pendaftaran Masih Sah Serta Berdaftar Di Bawah Kod Bidang Yang Ditetapkan.

 

2.Berdaftar dengan "Institute Of Landscape Architects Malaysia (ILAM)" dan tempoh pendaftaran masih sah semasa tarikh tutup tender.

 

3. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bertaraf Sendirian Berhad dan tempoh pendaftaran masih sah. 

 

 

4.Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa taklimat tender dan pembelian dokumen.

 

5.WAJIB menghadiri taklimat tender seperti berikut : 

 

PERKHIDMATAN PERUNDING LANDSKAP BAGI PENYEDIAAN PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 

 

Tarikh : 8 Mac 2020 (Ahad) 

Masa : 9.30 pagi 

Tempat : Bahagian Taman Awam, Jabatan Landskap, Pejabat Hutan Bandar, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru.


 

Syarat-syarat Am, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh dibeli di Kaunter Setempat (No.7), Aras Bawah, Jabatan Kewangan, Majlis Bandaraya Johor Bahru daripada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari dan daripada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang bermula pada 8 Mac 2020 hingga 26 Mac 2020.

 

Bagi tujuan di atas, sila bawa bersama SIJIL VIRTUAL dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Profesion berkaitan dan SSM yang sah tempoh pendaftaran serta satu salinan pendua sijil-sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod pejabat ini semasa membeli dokumen pelawaan. Dokumen pelawaan akan dikeluarkan kepada wakil-wakil firma perunding yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil firma perunding hendaklah membawa SIJIL VIRTUAL.

 

Dokumen Pelawaan dijual dengan harga RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja) bagi setiap satu (1) set. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Deraf Bank dari institusi Bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru. 

 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan dengan jelas di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan “Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos beserta No. Tender dan Tajuk dan dimasukkan ke dalam peti Tender seperti yang dinyatakan di atas di alamat :-

 

 

Tempat Serahan Dokumen : Peti Tender, Unit Mesyuarat, Aras 1, Majlis Bandaraya Johor Bahru 

 

Cadangan Teknikal dan cadangan kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari mengikut tarikh tutup tender yang telah ditetapkan di atas. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

 

 

(DATO' HAJI ADIB AZHARI BIN DAUD) 

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru.