Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Prasarana Malaysia Berhad - Cleaning Services To Various Line


Prasarana Malaysia Berhad ("Prasarana") adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan bagi melancarkan, melaksanakan dan mempercepatkan projek infrastruktur awam yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Prasarana dan syarikat kumpulannya merupakan pemilik aset dan pengendali perkhidmatan LRT Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling, Laluan Kelana Jaya, KL Monorail dan rangkaian bas di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan, Kamunting serta Bus Rapid Transit (“BRT") Laluan Sunway dan terkini telah dilantik sebagai pengendali Mass Rapid Transit ("MRT") Jajaran Sungai Buloh-Kajang ("SBK”).

 


 

KENYATAAN TENDER


TAJUK DAN NO. TENDER

 

1) APPOINTMENT OF THE CONTRACTOR TO PERFORM THE CLEANING SERVICES FOR KELANA JAYA LINE 

Tender No.: 

PRASARANA/GPD/COR(S)/111/953/2020

 

2) APPOINTMENT OF THE CONTRACTOR TO PERFORM THE CLEANING SERVICES FOR AMPANG LINE 

Tender No.: PRASARANA/GPD/COR(S)/108/950/2020

 

3)APPOINTMENT OF THE CONTRACTOR TO PERFORM THE CLEANING SERVICES FOR MRT SUNGAI BULOH-KAJANG LINE 

Tender No.:PRASARANA/GPD/COR(S)/110/952/2020 

 

4) APPOINTMENT OF THE CONTRACTOR TO PERFORM THE CLEANING SERVICES FOR MONORAIL LINE 

Tender No.: PRASARANA/GPD/COR(S)/109/951/2020


 

 KELAYAKAN & PENDAFTARAN 

 

TENDER TERBUKA

 

MANDATORI 

Kelayakan Pembida untuk Tender No.1.2.3 dan 4:  

 

• Memiliki Modal Berbayar tidak kurang daripada  RM200,000.00  

 

• Berdaftar dengan  Kementerian Kewangan di bawah kod 221001 dan 221002 dan 221003

 


TEMPAT & TARIKH MULA PENJUALAN DOKUMEN TENDER

 

Jabatan Perolehan Kumpulan, Prasarana Malaysia Berhad,  Tingkat 3,  Kompleks Rapid Rail Subang, 

No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan  Terbang Subang,  47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan  

 

2 Mac 2020 (Isnin) hingga  16 Mac 2020 (Isnin) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang  

 

Pada waktu pejabat (kecuali Cuti Umum,Sabtu & Ahad)


HARGA & BUTIRAN PEMBAYARAN BAGI DOKUMEN TENDER 

 

RM520.00 (Ringgit Malaysia  Lima Ratus Dua Puluh Sahaja (tidak dipulangkan) bagi setiap tender

 

dalam bentuk   'Bank Draft atau 'Banker's Cheque' 

 

pembayaran kepada Prasarana  Malaysia Berhad 


TEMPAT SERAHAN &  TARIKH TUTUP  TENDER   

Jabatan Perolehan Kumpulan, Prasarana Malaysia Berhad,  Tingkat 3,  Kompleks Rapid Rail Subang, 

No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan  Terbang Subang,  47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 

 

Pada 30 Mac 2020 (Isnin)  sebelum 12.00 tengah hari 


1. Petender - petender adalah dipelawa untuk menyertai tender di atas dan mestilah memenuhi kriteria MANDATORI berikut:

a.Memenuhi kriteria serta kelayakan seperti jadual di atas; 

b.dan WAJIB menghadiri Sesi Taklimat seperti berikut:-

 

Tarikh : 28 Februari 2020 (Jumaat) 

Masa : 9.30 pagi 

Tempat : Kompleks Rapid Rail Sdn Bhd, No.1, Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Subang,

47301, Petaling Jaya, Selangor 

Nota: Petender yang berminat dinasihatkan menghantar wakil yang mempunyai pengetahuan mengenai

Tender & Kontrak bagi kerja yang dimaksudkan serta diberi hak kuasa mewakili oleh pihak syarikat. 

 

2. Dokumen Tender akan dipamerkan dan mula dijual mulai tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam jadual di atas. Prasarana TIDAK akan melayan sebarang permintaan pembelian Tender Dokumen sebelum dan/atau selepas dari tarikh yang tertera. 

 

3. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil petender yang sah (bona fide) sahaja. Untuk tujuan tersebut, wakil-wakil petender DIWAJIBKAN membawa surat pengesahan sebagai wakil dari petender bersama salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (Sijil Virtual) dan salinan Borang 24 terkini Yang Telah Disahkan ("Certified True Copy) oleh Setiausaha Syarikat atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A bagi mengesahkan kelayakan petender. 

 

4. Mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Petender sepertimana termaktub dalam definasi di Akta Syarikat 1965 tidak boleh mengemukakan tawaran Tender untuk membekal Perkhidmatan yang sama seperti yang ditawarkan oleh Petender bagi tujuan Tender yang dinyatakan di atas. Sebarang pelanggaran syarat ini boleh mengakibatkan tawaran Tender ditolak dan dibatalkan. 

 

5. Petender adalah diperingatkan bahawa salinan sijil yang diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah TIDAK akan diterima selaras dengan arahan Mahkamah Persekutuan Malaysia (Ruj. (44) dlm JK/MP/53/WP (140/97), 23 Jun 2005). 

 

6. Sebarang pertanyaan mengenai Tender di atas boleh diajukan kepada Jabatan Perolehan Kumpulan di talian 603-7650 7788 sambungan 1521/1537/1562 atau email kepada procurement@prasarana.com.my. Maklumat lanjut mengenai iklan ini atau profil Kumpulan Prasarana boleh dilayari di laman web kami www.myrapid.com.my.