Asklegal

Tender | Services

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - Insurance Service /Vehicle Takaful


Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat Insurans / Takaful yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia yang berpengalaman dan berkelayakan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam bidang yang tersebut di bawah dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut :


MAKLUMAT TENDER 

 

TAJUK TENDER :

 

PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURANS / TAKAFUL KENDERAAN MILIK FAMA BAGI 

TEMPOH 1 APRIL 2020 SEHINGGA 31 MAC 2021

 

NO. TENDER : 

FAMA/INS KENDERAAN /02-2020

 


HARGA DOKUMEN/ TARIKH DOKUMEN DIJUAL/ TEMPAT DIJUAL & TARIKH TUTUP

 

 HARGA DOKUMEN 

RM 100.00  (TIDAK AKAN  DIKEMBALIKAN)

 

TARIKH IKLAN

12 Februari 2020 (Rabu)  

 

TARIKH DIJUAL 

19 Februari 2020 (Rabu) hingga 11 Mac 2020 (Rabu) 

 

 


Bilik Pusat Khidmat  Pelanggan FAMA, Tingkat 1,

Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran 1,

Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

 

TARIKH TUTUP 11 Mac 2020 (Rabu)

 

LOKASI PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER

Peti Tender 2 Bilik Pusat Khidmat Pelanggan FAMA, Tingkat 1, Bangunan

FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves,

Selangor


 

KOD BIDANG

221801 - Syarikat Insurans / Takaful (Perlu Lesen Dari Bank Negara)


TAKLIMAT TENDER

TARIKH

19 Februari 2020 (Rabu) 

 

MASA

10.00 Pagi

 

TEMPAT 

Bilik Mesyuarat Perolehan, Tingkat 2, Bangunan FAMA Point,

Lot 17304, Jalan Persiaran

Bandar Baru

Selayang, 68100 Batu

Caves, Selangor 

 

 

NO. TEL 

03-6126 2020

 

 

*SURAT WAKIL KUASA DITERIMA

*TAKLIMAT TENDER ADALAH DIWAJIBKAN


 

Dokumen Tender dan keterangan lanjut boleh diperolehi semasa waktu pejabat dan boleh dibeli di Pejabat FAMA seperti yang tertera di atas. Petender yang ingin memasuki tawaran di atas dikehendaki menyertakan bayaran dokumen dalam bentuk Wang Tunai dan bayaran ini tidak akan dikembalikan. Cek Persendirian/ Wang Pos/ Kiriman Pos/ Bank Draf tidak diterima. 

 

Sila kemukakan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang asal bersama satu salinan fotokopi dan masih berkuatkuasa semasa menghadiri taklimat dan membeli dokumen tawaran. 

 

Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri (gam) dan bertanda No. Tender yang berkenaan di sebelah kiri sampul surat. Dokumen Tender ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender 2 di Bilik Pusat Khidmat Pelanggan FAMA, Tingkat 1, Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor pada 11 Mac 2020 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengahari (mengikut jam di Bilik Pusat Khidmat Pelanggan FAMA) 

 

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran. Hanya syarikat yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Syarikat yang tidak dihubungi 6 bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.