Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Universiti Malaysia Terengganu - Landscape Management & Are Cleaning Services


Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Kementerian Kewangan dan Sijil Taraf Bumiputera Yang Masih Sah di dalam bidang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa bagi tawaran berikut:


JENIS TAWARAN

 

No. Tawaran : UMT/T03/2020

TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PEMBERSIH KAWASAN DI ZON PENTADBIRAN BAGI TEMPOH 

DUA (2) TAHUN UNTUK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


KOD KELAYAKAN

 

Kementerian kewangan

 

070201 – Tanaman/Baka/Benih Semalan

 

DAN 

 

221002 – Membersih Kawasan

 

 Sijil Taraf Bumiputera Yang Masih Sah 


 

NO.PETI 

1


TAKLIMAT & LAWATAN ТАРАК

Tarikh : 18 Februari 2020 (Selasa) Masa : 11.00 pagi  

Tempat: Rumah Universiti, UMT 

*Kehadiran taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan 


HARGA DOKUMEN

RM100.00

Dijual pada: 18 Februari 2020 (Selasa) Hingga  5 Mac 2020 (Khamis) 


TARIKH TUTUP

11 Mac 2020 (Isnin)


 

PERINGATAN : 

Tender ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ ATAU penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Pindaan 23/12/2014) 

 

 

Prosedur pembelian dokumen tender yang menggunakan sijil: .

 

 • Sijil Pendaftaran (CIDB dan PKK) atau Lesen Kementerian Kewangan dan Sijil Taraf Bumiputera

Yang Masih Sah - perlu membawa sijil ASAL dan SALINAN sijil hendaklah diserahkan semasa

mendapatkan dokumen tender. 

 

Dokumen Tender akan dijual pada waktu pejabat mulai jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang (Ahad - Khamis) di Kaunter Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu. Bayaran pembelian dokumen tender boleh dibuat melalui : 

 

i. Mesin terminal kad menggunakan kad debit/kredit yang dibuat secara terus di Kaunter Pejabat - Bendahari, UMT. atau; 

ii. Internet Banking atas nama " Bendahari, Universiti Malaysia Terengganu” no akaun 8601751742. 

 

 

Bukti pembayaran perlu dikemukakan semasa membeli / mendapatkan dokumen tender. 

 

Pembelian Dokumen Tender melalui pos tidak akan dilayan kecuali diuruskan sendiri oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik oleh pembekal. Pihak UMT tidak bertanggungjawab terhadap dokumen yang hilang dalam perjalanan yang dibeli oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik. 

 

Dokumen Tender hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari sepertimana tarikh tutup pada jadual di atas. Tawaran yang lewat tidak akan diterima. 

 

Pihak UMT tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak perlu untuk memberi sebarang alasan kepada petender yang tidak berjaya.

 

Iklan ini boleh dilayari di halaman web berikut :

http://www.umt.edu.my

http://onlinepembekal.umt.edu.my