Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Sepang  - Internal Building Repairs & Air Cond Service


MAJLIS PERBANDARAN SEPANG Persiaran Semarak Api, Cyber 1

63200 CYBERJAYA 

Selangor Darul Ehsan

 

 

 

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:


BIL 1 NO. TENDER

MPSepang (BGN) 400- 10/12/01 


TAJUK KERJA

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BERKALA UNIT   PENGHAWA DINGIN DI PEJABAT CAWANGAN, DEWAN-DEWAN   KOMUNITI/SERBAGUNA, STADIUM MINI BBST, STUDIO DAN  PEJABAT AHLI MAJLIS UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG  TAHUN 2020 


 

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

CIDB, SPKK,G3 ATAU G4, E 04 DAN M 01 & UPEN 


HARGA DOKUMEN

RM200.00


 

BIL 1 NO. TENDER

MPSepang (BGN) 400- 10/12/04 


TAJUK KERJA
CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN MEMBAIKPULIH BUMBUNG, GUTTER, RWDP DAN SILING DI KOMPLEKS MAJLIS UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2020


BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

CIDB, SPKK, G3, B 24 ATAU B 04 & UPEN


HARGA DOKUMEN

RM200.00


 

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 18hb Februari 2020 hingga 10hb Mac 2020 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskhah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama "Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang'. 

 

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti berikut:-

 

Tarikh : 18hb Februari 2020 (Selasa) 

Masa : 10.00 pagi

Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang 

 

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 10hb Mac 2020. 

 

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.