Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - Facilities Management & Building Management


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/ UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


PEJABAT YANG MEMANGGIL TENDER

Unit Perolehan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia

(MyIPO)


TAJUK PROJEK

PENGURUSAN FASILITI DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN PEJABAT PERBADANAN HARTA

INTELEK MALAYSIA (MyIPO) DI PJ SENTRAL GARDEN CITY, PETALING JAYA, SELANGOR.


TARAF/JENIS SYARIKAT

T1


GRED, KATEGORI & PENGKHUSUSAN/ KELAS, TAJUK & TAJUK KECIL KELAS, KEPALA & SUB-KEPALA

 

Gred : G6;

Kategori : F; dan

Pengkhususan : F01


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN MULA DIJUAL

 

Perbadanan Harta Intelek  Malaysia, Kaunter Pembayaran, . - Unit 1-7 & Mezzanine, Tower B,

Menara UOA Bangsar, No. 5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

 

13 Februari 2020 hingga 5 Mac 2020


 

HARGA DOKUMEN & BAYARAN ATAS NAMA

 

RM200.00 Perbadanan Harta Intelek Malaysia


TEMPAT, TARIKH & WAKTU TENDER TUTUP

 

Peti Tender, Tingkat 18, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5 Jalan

Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

 

Pada: 13 Mac 2020 Jam : 12.00 tengah hari.


Taklimat tender adalah diwajibkan. Berkumpul di Akademi Harta Intelek, Aras 12A, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5 Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur pada 11 Februari 2020 jam 11.00 pagi.

Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada 11 Februari 2020 dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan bermula 13 Februari 2020 hingga 5 Mac 2020 semasa waktu pejabat.


 

Bagi sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk wang tunai/draf bank/kiriman wang pos/wang kiriman pos berpalang di atas nama Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ. 

 

* Jenis Pendaftaran: 

 

T1 - Syarikat yang 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara. 

A2 - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 49% dan menjadi ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.