Asklegal

Tender | Services

Jabatan Pengairan Dan Saliran - Connection Road Project


 

 

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSAJUPKJ/ Kementerian Kewangan dalam Gred, Kategori, Pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:


Pejabat yang memanggil tawaran

 

JPS Perak 


Nombor Tender/ Tajuk Projek (pembiayaan)***

 

JPS/P/PKKORP/2/2020 

 

PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA - JAMBATAN KAMPUNG BELUM BARU,LENGGONG, PERAK. 


Taraf

Bumiputera


Syarat Pendaftaran

 

Berdaftar dengan CIDB 

 

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil  Perolehan Kerja  Kerajaan Dan Sijil  Taraf Bumiputera   Yang Masih Sah 

 

Gred: G4 Kategori: CE Pengkhususan: CE02 & CE21


 

Tempat &  Tarikh Dokumen Mulai Dijual 

 

Bahagian Kewangan, Pejabat Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

Perak.

 

 19.02.2020 - 06.03.2020 

 

 (Isnin-Khamis: 8.15 pg-12.30 tengah hari & 2.00 ptg - 3.00ptg, 

 Jumaat: 8.15pg-12.00 tengah hari)


 

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM 150.00 Pengarah JPS Negeri Perak


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Bahagian Kewangan, Pejabat Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

Perak.

 

 16.03.2020 (Isnin) Jam 12:00 tengah hari


Lawatan Tapak/ Taklimat Projek adalah DIWAJIBKAN pada 18.02.2020 (Selasa) Masa 10.00 Pagi Tempat Berkumpul : Bilik Mesyuarat, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan. Hanya penama syarikat di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA atau UPKJ sahaja boleh menghadiri lawatan tapak/ sesi taklimat. Kontraktor/Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/ kiriman wang/ wang pos di atas nama Pengarah JPS Negeri Perak. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).