Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) - Services For (ICQCC)


Pelawaan adalah dibuat kepada pembekal tempatan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan perkhidmatan seperti berikut:-


 

No. Tawaran

T/MPC/2/2020


Keterangan Tawaran

 

PERKHIDMATAN BAGI MENGURUSKAN PAKEJ PENERBANGAN, PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN PESERTA BAGI PROGRAM INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE (ICQCC) 2020, PAN PACIFIC SONARGAON HOTEL, DHAKA BANGLADESH, 26-31 OKTOBER 2020


 

Kelayakan /Kod Bidang (MOF)

221307 - Agen Pengembaraan


Harga Dokumen

RM50 (setiap satu) Dalam bentuk kiriman wang/wang pos/cek berpalang


CARA MENDAPATKAN DOKUMEN: Borang Tender boleh didapati dengan bayaran RM50 daripada Unit Pengurusan Perolehan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Blok Inovasi, Tingkat Bawah, Jalan Produktiviti Off Jalan Sultan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada waktu Pejabat. 

 

CARA MENGHANTAR DOKUMEN: Borang Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri ditulis nombor tawaran. Dokumen tersebut perlu dimasukkan ke dalam peti tawaran pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tawaran ditutup. 

 

TAKLIMAT: Satu taklimat wajib akan diadakan pada 5 Februari 2020 jam 10.30 pagi di Bilik TQM, Blok Inovasi, MPC Petaling Jaya. Dokumen hanya boleh diambil selepas taklimat. 

 

TARIKH TUTUP DAN MASA: Tender ini akan ditutup pada tarikh 26 Februari 2020 jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima dari waktu dan tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. 

 

Segala perhubungan dan pertanyaan mengenai tender ini hendaklah dikemukakan kepada: 

 

Untuk syarat am tender: 

Nama : Puan Nurul Fatihah Mohd Azlan

No. telefon : 03-7951 2319

 

Untuk spesifikasi teknikal: 

Nama: En. Khairul Nazir Nawi 

No. telefon : 03-79557266 ext 363 

 

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tender.