Asklegal

Tender | Construction

Kerajaan Negeri Terengganu - 200 Unit of Teres House


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

 


Pejabat Yang Memanggil Tawaran

 

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu  (PMINT) 


Tajuk Projek

 

Cadangan Membina Dan Memajukan Menyiapkan 200 Unit Rumah  Teres Mampu Milik Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan  Di Atas Tanah Kerajaan Di Kampung Gong Chengal, Mukim Kemasik, Daerah Kemaman, Terengganu 

 

(SUKPMINT/RMM/ GONGCHENGAL/4/2020) 


 

Taraf/ Jenis Syarikat.* 

 

Bumiputera dan Berdaftar di Negeri Terengganu Sahaja T1


Gred, Kategori& Pengkhususan/ Kelas, Tajuk &Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

 

CIDB GRED: G7

 

Kategori: B & CE 

 

Pengkhususan : B04 & CE21


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mula  Dijual

 

Bahagian Pengurusan Kontrak PMINT, Tingkat 11, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

 

11 Februari 2020 (Selasa)   Hingga  25 Februari 2020 (Selasa) 


Harga Dokumen Dan Bayaran Atas Nama

 

RM 1,250.00 Perbadanan  Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 


Tarikh, Tempat, Waktu Taklimat Tender dan Lawatan Tapak

 

Taklimat Tender diadakan di Dewan Besar, Tingkat 3, Menara  PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu. 

 

10 Februari 2020 (Isnin).  

 

Waktu Pendaftaran Jam : 2.00 - 3.00 Petang (Sebarang kelewatan tidak diterima) 

 

Lawatan Tapak diadakan di Cadangan Tapak Projek (Berkumpul di Perkarangan  Masjid Bukit Kukuran, Kemasik, Kemaman) 

 

 (Koordinat 4.403737545013428, 103.44820404052734)  

 

11 Februari 2020 (Selasa) 

 

Waktu Pendaftaran Jam : 10.30 - 11.00 Pagi (Sebarang kelewatan tidak diterima)

 

 

 Taklimat projek dan lawatan tapak adalah diwajibkan.


 

Tempat, Tarikh Dan Waktu Tender  Tutup

 

Bahagian Pengurusan Kontrak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Tingkat 11, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu 

 

03 Mac 2020   (Selasa) Jam : 12.00 Tengah Hari


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat dalam sijil PPK dan SPKK yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/Syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK dan SPKK. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 - Syarikat yang 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara