Asklegal

Tender | Property

UHY Advisory (KL) Sdn Bhd  - Property For Sale In Kuala Selangor


 

Pembida-pembida adalah dipelawa untuk membeli hartanah kepunyaan sebuah syarikat (Dalam Likuidasi) dalam keadaan "sedia ada” (as is where is) seperti yang tersenarai di bawah:


Lokasi

(i) Lots 1357 and 1359, Mukim of Batu, District of Kuala Langat, Selangor

 

 

(ii) Lot 480, Mukim of Morib, District of Kuala Langat, Selangor

 

(iii) Lots 894 and 1360, Mukim of Morib, District of Kuala Langat, Selangor


Butir-butir

 

Tiga (3) bidang tanah pegangan bebas yang ditanam dengan pokokpokok kelapa sawit dan dibangunkan dengan pejabat ladang, sebuah banglo kediaman pengurus ladang, sebuah banglo kediaman penolong pengurus dan dua belas (12) buah kuarters berkembar pekerja dan sebuah bilik. stor. Loji dan jentera, perabot dan kelengkapan pejabat juga terdapat dalam ladang.

 


Luas permukaan

852.6 ekar


 

Senaskah Memorandum Maklumat yang mengandungi butir-butir ringkas mengenai hartanahhartanah tersebut bersama syarat-syarat untuk jualan boleh diperolehi daripada alamat yang tercatat di bawah dengan bayaran RM106.00 (termasuk SST @ 6%). Semua tawaran mestilah dihantar dalam sampul surat bermeterai dan bertanda “Tender 5 Februari 2020” di sudut kiri atas sampul surat dan dialamatkan kepada:

 

Penyelesai Syarikat 

Wonderful Castle Sdn Bhd (Dalam Likuidasi)

u/p UHY Advisory (KL) Sdn Bhd - Suite 11.05, Level 11, The Gardens South Tower Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur

Tel: 03-2279 3088 Faks: 03-2279 3099 

 

 

Semua tawaran mestilah dihantar ke pejabat Penyelesai Syarikat sebelum jam 5:00 petang pada 4 Mac 2020. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Ong Yuan Ji atau Cik Beryl Lim. Semua tawaran hendaklah disertakan dengan Kiriman Wang atau Draf Bank yang bernilai bersamaan dengan lima peratus (5%) daripada harga tawaran sebagai wang pendahuluan dan akan dikembalikan jika bidaan tidak berjaya. 

 

Pihak Penyelesai Syarikat tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi atau sebarang tawaran