Asklegal

Tender | Purchase Tender | Property

Majlis Daerah Cameron Highlands  - Property For Sale


 

1.Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk membeli tanah milik Majlis Daerah Cameron Highlands. 

 

2.Keterangan berkaitan tanah adalah seperti berikut: 

Mukim : Pekan Brinchang

Tempat : Jalan Ke Big Red Strawberry

No. Hak Milik : PN 10172

No. Lot: Lot 24 Seksyen 1 

Keluasan:  634 Meter Persegi 

Syarat Nyata Tanah: 1 Unit Kediaman 

 

3.Harga rizab bermula dari RM285,000.00. 

 

4.Tawaran bidaan boleh dilakukan dengan menggunakan Borang Bidaan yang boleh diperolehi di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Cameron Highlands.

 

5.Keutamaan akan diberikan kepada individu atau syarikat yang membina dengan tawaran tertinggi. 

 

6.Borang bidaan lengkap hendaklah dimasukkan didalam sampul surat berlakri dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam peti Tender yang terletak di:

 

Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Awam 

Majlis Daerah Cameron Highlands 

Peti Surat 66, 39007, Tanah Rata

Cameron Highlands

 

 

7.Tarikh tutup tawaran adalah pada atau sebelum 2 Mac 2020 jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

 

 

Sekian, terima kasih. 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

"KEPUASAN PELANGGAN KEBANGGAAN KAMI’

 

Saya yang menjalankan amanah, 

(DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN MD AMIN, DIMP., AMP) 

Yang Dipertua 

Majlis Daerah Cameron Highlands

 

SYARAT DAN PERATURAN TAWARAN 

1: Individu atau syarikat yang berminat untuk melakukan tawaran perlulah membayar wang deposit sebanyak 10% daripada harga bidaan. Deposit tawaran hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS dan sah laku dalam tempoh 3 bulan.

 

2.Tawaran tanpa deposit akan terbatal dengan sendirinya. 

 

3. Pembida yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan surat tawaran dari pihak MDCH. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit tersebut tidak akan dikembalikan.