Asklegal

Tender | Supply

Majlis Perbandaran Pasir Gudang  - Rental Supplies For Heavy Machineries On Waste Management Site


Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor bertaraf BUMIPUTERA yang mempunyai lesen berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) di bawah tajuk / pengkhususan berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-


JENIS KERJA & BILANGAN TAWARAN

KERJA-KERJA MEMBEKAL (PENYEWAAN) JENTERA BERAT BAGI KEGUNAAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH, TANJUNG LANGSAT UNTUK TEMPOH 1 TAHUN 

MPPG/T46/2020/BPK/JKA  (tiada taklimat untuk tender ini) 


GRED, KATEGORI, PENGKHUSUSAN

110201 Atau  221503


HARGA DOKUMEN   

RM300.00 


 

Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang sistem sebutharga MPPG iaitu di http://www.mppg.gov.my/eSebutharga mulai 06 FEBRUARI 2020 (KHAMIS) hingga 27 FEBRUARI 2020 (KHAMIS) dikenkan bayaran seperti dinyatakan di atas dalam bentuk Bank Draf atau Wang Pos atau Kiriman wang pos atau Kiriman Wang di atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG dan juga bayaran atas talian ("On-Line") juga akan diterima.

 

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat.

 

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

 

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang 

Aras 19, Menara Aqabah 

Jalan Bandar, 

81700 Pasir Gudang, Johor 

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 02 MAC 2020 (ISNIN) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.


HANYA KONTRAKTOR YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG SAHAJA YANG LAYAK MEMBELI DOKUMEN TAWARAN. SEGALA PEMBELIAN DIBUAT SECARA "ON LINE" DI LAMAN SESAWANG SISTEM SEBUTHARGA MPPG IAITU http://kontrak.mppg.gov.my/ eSebutHarga. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 07-2547771 -Bahagian Pengurusan Kontrak