Asklegal

Tender | Services

MATRADE - RWDP Service & Related Works


Pembekal yang berdaftar, berkelayakan dan berpengalaman adalah dipelawa untuk membuat tawaran bagi perkhidmatan seperti berikut:-


TAJUK TENDER

TENDER MATRADE NO. 2/2020:

 

KERJA-KERJA PENUKARAN SISTEM SALURAN HUJAN (RWDP) DAN KERJA - KERJA  BERKAITAN DI BANGUNAN MENARA MATRADE


KOD BIDANG PENDAFTARAN

 

Syarikat wajib berdaftar dengan CIDB dengan Kod Bidang:

 

Gred: G4 

Kategori : B & CE

Pengkhususan : B24 & CE32 DAN  Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB G4 B & CE

 


HARGA, TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN MULA DIJUAL

RM100.00 Unit Perolehan, Tingkat 17 (West Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur 

 

6 Februari 2020 sehingga 2 Mac 2020


TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh: 6 Februari 2020 (Khamis)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Bilik Johannesburg, Tingkat 5 Haji Ahmad Shah, MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur 

 

Tel: 03-6207 7077

 

(Dokumen Tender hanya akan dijual kepada syarikat yang menghadiri taklimat wajib tender sahaja) 


TEMPAT,  TARIKH  & WAKTU TUTUP  TENDER 

 

 Peti Tender, Tingkat 15  (West Wing), Menara  MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur (u.p. : Unit Perolehan) Sebelum atau pada 2 Mac 2020 (Isnin),  jam 12.00 tengah hari 


Dokumen Tender boleh dibeli di Unit Perolehan, Tingkat 17 (West Wing), Menara MATRADE mulai 6 Februari 2020 selepas taklimat tender, pada waktu pejabat seperti berikut: 

Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari  3.00 petang -5.00 petang


1. Syarikat yang ingin menyertai tender ini hendaklah SYARIKAT YANG BERSTATUS 100% MILIK RAKYAT MALAYSIA. 

 

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada tarikh yang dinyatakan di atas sahaja dengan bayaran seperti yang tersebut di atas pada waktu pejabat dengan menggunakan Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama MATRADE. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima. 

 

3. Semasa menghadiri taklimat, petender hendaklah mengemukakan Sijil Asal (untuk pengesahan) dan Salinan Fotostat (untuk pembelian Dokumen Tender) bagi dokumen-dokumen berikut: 

a) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB dengan kod bidang yang berkaitan; dan

b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB. 

 

4. Taklimat Wajib/Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Kegagalan petender untuk menghadiri taklimat akan menyebabkan petender gagal untuk memasuki tender ini. 

 

5. HANYA PENAMA. di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain dari penama dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB. 

 

6. Tawaran tender akan ditutup pada 2 Mac 2020, Isnin pada jam 12.00 tengah hari. Tawaran Tender yang lewat diterima dari waktu yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 

 

7. Notis tender ini juga dipaparkan di laman web rasmi MATRADE. Sila layari www.matrade.gov.my. 

 

8. MATRADE tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran.