Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Kuantan - Insurance Coverage Service (3) Years


 

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengemukakan tawaran buat masa ini bagi bekalan/perkhidmatan berikut:-


BIL.1


TAJUK

Perkhidmatan Perlindungan Insuran Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun untuk Majlis Perbandaran Kuantan.

 

MPK/W/T: 02/2020

 


HARGA DOKUMEN TENDER

RM100.00


 

LESEN

Kementerian  Kewangan  Malaysia  (KKM) Kod Bidang:  221801 


TAKLIMAT

Bilik Mesyuarat Jabatan Perbendaharaan, Aras 6, Ibu Pejabat MPK

Tarikh: 03 Februari 2020

Masa: 8.30 pagi (Kehadiran diwajibkan)


NO. TENDER

MPK/W/T: 02/2020


TARIKH TENDER DITUTUP

25 Februari 2020 (Selasa) Jam 12.00 tengah hari


1. Dokumen Tawaran boleh disemak dan dibeli di waktu pejabat sahaja mulai 03 Februari 2020 (Isnin) di Kaunter Berpusat di Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Kuantan, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Naskah tawaran boleh diperolehi setelah menjelaskan bayaran secara Tunai atau Wang Pos. 

 

2. Kontraktor yang berminat hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran Majlis Perbandaran Kuantan dan Sijil Kementerian Kewangan dan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa taklimat. 

 

3. Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeteri dan bertulis di sudut kiri atas, tajuk kerja seperti di atas dan dikembalikan kepada :

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Bahagian Belanjawan & Perolehan, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Kuantan, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur sebelum jam 12.00 tengah hari pada 25 Februari 2020 (Selasa) 

 

4. Pihak MPK tidak terikat untuk menerima tawaran serta tidak bertanggungjawab di atas apa jua perbelanjaan yang ditanggung oleh petender untuk mengemukakan tawaran ini. 

 

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Belanjawan dan Perolehan, Jabatan Perbendaharaan MPK di talian : 09-5121 555 / 09-5121 666.