Asklegal

Tender | Construction

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang - Development Project (PPK) Area


Tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPMI CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)/Kementerian Kewangan dalam Kelas/Gred, Kategori, dan Pengkhususan berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:


BUTIR BUTIR TAWARAN

No. Tender:  PKPP/T/01/2020

 

Dokumen tender bagi kerja:

 

PROJEK PEMAJUAN KAWASAN (PPK) KG. PAYA LAMAN, DAERAH TEMERLOH, PAHANG 


TARAF/JENIS SYARIKAT*

Bumiputera /T1


GRED, KATEGORI DAN  PENGKHUSUSAN  /KEPALA & SUB KEPALA

 

Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)  Gred G7 Kategori: B, CE  Pengkhususan: B04, CE 01, CE 21,CE 36


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DI JUAL

Bahagian Kewangan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Bangunan PKPP, Jalan Gambut, 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

 

Mulai 06hb Februari, 2020 (Khamis) Hingga 19hb Februari, 2020 (Rabu) 

 

Isnin - Khamis

8.30 Pg - 12.30 Tgh hari 

2.30 Ptg - 4.30 Ptg

Jumaat: 8.30 Pg - 12.00 Tgh hari

3.30 Ptg - 4.30 Ptg


HARGA DOKUMEN TAWARAN

RM800.00

 (Tidak akan dikembalikan)


TEMPAT DAN TARIKH TUTUP TENDER

Bahagian Kewangan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang,  Bangunan PKPP, Jalan Gambut, 25990 Kuantan,  Pahang Darul Makmur. 

 

19hb Februari ,2020 (Rabu) 12.00 Tengah Hari

Tender yang lewat TIDAK akan dilayan 

 


Taklimat projek dan lawatan tapak adalah WAJIB. Berkumpul di Tapak Projek Paya Laman. Lanchang, Temerloh, Pahang pada 05hb Februari, 2020 (Rabu) Jam 11.00 Pagi


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PKK, SPKK, atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak di Bahagian Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Bangunan PKPP, Jalan Gambut 25990 Kuantan, Pahang Darul Makmur pada waktu pejabat bermula 06 Februari 2020 (Khamis), jam 8.30 pagi. 

 

Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Tunai/ Draf Bank/ Kiriman Wang Wang Pos di atas nama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (bayaran tidak akan dikembalikan). Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Kontraktor yang berdaftar dengan PKPP DIGALAKKAN memohon. 

 

Pihak PKPP tidak terikat menerima Tender terendah atau mana-mana Tender serta memberi alasan penolakannya. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan ini hendaklah menghubungi Puan Nurulfazreen binti Ab Aziz, Encik Azlin bin Abdul Halim di 09-5562455. 

 

* Jenis Pendaftaran 

 

T1 - Syarikat yang 100% milik tempatan

A1 - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara 

A2- Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara