Asklegal

Tender | Construction

Majlis Bandaraya Ipoh - Annual Contract For Drainage Works


 

Tender adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja seperti yang berikut:-

 


BIL. BUTIR-BUTIR TENDER

1 NO. TENDER

T0001/20  NO. RUJUKAN F7/6/4/93/19

KONTRAK TAHUNAN BAGI KERJA - KERJA PENYELENGGARAAN LONGKANG UTAMA, KELUBUNG JALAN SERTA KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAHUN 2020-2022) - ZON 2

 

 

2 NO. TENDER

TO002/20 NO. RUJUKAN F7/6/5/94/19

KONTRAK TAHUNAN BAGI KERJAKERJA PENYELENGGARAAN LONGKANG UTAMA, KELUBUNG JALAN SERTA KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAHUN 2020-2022) - ZON 3

 

3 NO. TENDER

NO. TENDER

TO003/20 NO. RUJUKAN  F7/6/5/94/19

KONTRAK TAHUNAN BAGI KERJAKERJA PENYELENGGARAAN LONGKANG UTAMA, KELUBUNG JALAN SERTA KERJA BERKAITAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA IPOH UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAHUN 2020-2022) - ZON 5


KOD BIDANG/ KELAYAKAN

(BUMIPUTERA) GRED G3 Kategori CE Pengkhususan CE21


 

HARGA DOKUMEN / TARIKH DOKUMEN DIJUAL

HARGA DOKUMEN RM50.00 (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN).  

 

TARIKH DIJUAL 

 28 Januari 2020 (Selasa) Hingga 18 Februari 2020 (Selasa)

 

TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

Bahagian Bekalan Tingkat 1, Jabatan Perbendaharaan Majlis Bandaraya Ipoh

 

 

WAKTU URUSAN

Isnin-Khamis 

8:00 pagi - 1:00 petang. 

2:00 petang - 3:30 petang

Jumaat 

8:00 pagi - 12.15 tengah hari

2:45 petang - 3:30 petang


 

TARIKH & TEMPAT TUTUP TENDER

 

TARIKH TUTUP 19 Februari 2020 (Rabu)

 

LOKASI PENGHANTARAN DOKUMEN/ TENDER 

Peti Tender/Sebut Harga

Bahagian Bekalan Tingkat 1, Jabatan

Perbendaharaan Majlis Bandaraya Ipoh


 

2. Satu salinan "Naskah Meja Dokumen Tender' akan dipamerkan di Bahagian Bekalan, Tingkat 1, Jabatan Perbendaharaan mulai 24 Januari 2020 (Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bagi membolehkan petender menyemak dokumen tender tersebut sebelum membuat pembelian. 

 

3. Sekiranya petender tidak berdaftar dengan Majlis Bandaraya Ipoh dikehendaki berdaftar terlebih dahulu dengan kadar yang telah ditetapkan. Pembayaran bagi pembelian dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk Deraf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama MAJLIS BANDARAYA IPOH dan bayaran ini tidak akan dikembalikan. Dokumen tender hanya dijual kepada syarikat atau wakilnya yang sah sahaja yang menunjukkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Asal berserta satu salinan sijil tersebut dan Surat Wakil (bagi bukan pemegang asal sijil). 

 

 

4. Semua dokumen tender mestilah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan ditulis tajuk dan nombor tender berkenaan di penjuru kiri dan dialamatkan kepada Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Bahagian Bekalan, Tingkat 1, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Bandaraya Ipoh. 

 

5.Petender tidak mempunyai sebarang tunggakan (Cukai Taksiran / Kompaun / Sewaan / Semak Samun / pelbagai  tunggakan lain) dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Sekiranya tunggakan ini dijelaskan sebelum atau dalam tempoh penjualan dokumen tender, kontraktor/ pembekal layak untuk menyertai tender ini. 

 

6.Majlis Bandaraya Ipoh tidak terikat untuk menerima tawaran terendah ataupun sebarang tawaran. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen tender yang tidak terdapat di dalam peti Tender setelah Peti Tender dibuka. 

 

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan dan keputusan Majlis Bandaraya Ipoh adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat menyurat adalah tidak dilayan 

 

8. Laman Web: www.mbi.gov.my