Asklegal

Tender | Services

FINAS - Special Audit Panel Services


 1. Tawaran tender adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang masih sah tempoh laku bagi menyertai tender:


NO./TAJUK TENDER

FINAS(R)A.002/52(20)-01

 

TENDER KONTRAK PERKHIDMATAN PANEL PERUNDING AUDIT SWASTA UNTUK PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA


PENDAFTARAN

 

-221803 - PENYEDIAAN AKAUN DAN PENGAUDITAN; ATAU 

 

- SALINAN LESEN JURUAUDIT DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF); DAN

 

-SALINAN SURAT KELULUSAN DARIPADA MALAYSIA INSTITUTE OF ACCOUNTANTS (MIA) BERKAITAN KELULUSAN NAMA FIRMA AUDIT


TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT

 

Tarikh :23 Januari 2020 (Khamis)

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Panggung 2, FINAS Cawangan Petaling Jaya,  Jalan Utara, 46200  Petaling Jaya, Selangor

 

* Sila bawa bersama cap syarikat yang mengandungi alamat lengkap ketika menghadiri taklimat


 

TARIKH TUTUP  TENDER

17 Februari 2020  (Isnin) pada jam 12.00 Tengah hari 

 

Dokumen Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan


2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang mulai 23 Januari 2020 (Khamis) hingga 14 Februari 2020 (Jumaat) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS Petaling Jaya, Aras 2, Bangunan Utama, Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor dengan mengemukakan salinan dokumen berikut:

 

 

i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

ii) Lesen Juruaudit Daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

3.Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) senaskah (tidak dikembalikan). Bayaran boleh dibuat secara tunai / Cek / Bank Draf / Wang Pos.

 

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender yang ditempatkan di: 

 

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

FINAS PETALING JAYA,

ARAS 2, BANGUNAN UTAMA, UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN, JALAN UTARA,

46200 PETALING JAYA, SELANGOR