Asklegal

Tender | Renovation

Royal Perak Golf Club - Renovation & Upgrade Works


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dan menepati syarat-syarat kelayakan di bawah serta dibenarkan oleh LPIPM membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:


 

TAJUK TENDER

Cadangan Tambahan dan Perubahan pada sebahagian Bangunan Kelab Golf Di Raja Perak sedia ada di atas Lot 397026, Jalan Sultan Azlan Shah, Mukim Bandar Ipoh (S), Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan


HARGA DOKUMEN TENDER

RM250.00 (Tidak akan dikembalikan)


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN TENDER DIJUAL

Kelab Golf Di Raja Perak Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

 

Bermula hari Selasa, 21hb Januari 2020 hingga Jumaat, 24hb Januari 2020 pada waktu pejabat

(9.00 pagi - 1.00 petang dan 2.30 petang - 5.00 petang)

 


 

SYARAT - SYARAT KELAYAKAN

Berdaftar dengan LPIPM dengan kelayakan berikut: 

 

Gred: G3

 

Kategori: B (Pembinaan Bangunan)

 

Pengkhususan: B28 (Kerja-kerja Ubahsuai)


 

TARIKH DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK

Isnin, 20hb Januari 2020, jam 10.00 pagi 

Kelab Golf Di Raja Perak Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Lawatan Tapak adalah WAJIB


 

TARIKH TENDER DITUTUP

 

Isnin, 3hb Februari 2020 sebelum jam 12.00 tengah hari

Tender yang dihantar melewati tarikh dan masa yang ditetapkan di atas akan ditolak


Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank di atas nama Royal Perak Golf Club Berhad (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran LPIPM ASAL dan menyerahkan salinan fotostat semasa membeli dokumen tender.

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di pejabat:

 

Royal Perak Golf Club Jalan Sultan Azlan Shah,

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan