Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

RISDA - PPG Equipment Package & Latex Stimulation


PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI


Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia kod bidang 070303 (Peralatan & Kelengkapan Pertanian untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan bekalan dan perkhidmatan seperti berikut:-

 


 

No.Tender

7.0-03/2020


 

Tajuk Bekalan

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKEJ PERALATAN PPG BAHAN RANGSANGAN LATEKS BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK TAHUN 2020.

 

I) NEGERI SABAH

 

II) NEGERI SARAWAK


 

Taklimat Tapak  (KEHADIRAN DIWAJIBKAN)

 

22.01.2020 (Rabu) 

 

Waktu Pendaftaran: 11.00 Pagi - 11.30 Pagi

 

  • Hanya penama di dalam Sijil MOF sahaja yang  boleh menghadiri lawatan tapak dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama.  Untuk maksud ini, penama hendaklah membawa  Sijil Asal MOF serta Kad Pengenalan; 

 

  • Pembekal yang lewat tidak akan dibenar menyertai tender.

 

Waktu Taklimat : 11.30 Pagi  

Tempat: PEJABAT RISDA NEGERI SABAH

Lot 59 - 61, Blok J, Lorong Plaza Utama 4B Plaza Utama Alamesra 88450, Kota Kinabalu, Sabah 088-485534


Tarikh/Waktu Tutup/ Pejabat Yang Mengeluarkan Tender 

12.02.2020 (Rabu)  

 

Jam 12.00 Tengahari  

 

Urusetia:  Unit Pentadbiran Dan Kewangan, Pejabat RISDA Negeri Sabah


 

 

SYARAT-SYARAT KEPADA PEMBEKAL: 

1. Untuk pembelian dokumen, hanya penama di dalam Sijil MOF sahaja yang boleh membeli dokumen dan tidak boleh mewakilkan

pegawai selain daripada penama. Untuk maksud ini, penama wajib membawa Slip Kehadiran Tapak dan Sijil Asal MOF dalam kod bidang yang dinyatakan serta masih sah tempoh pendaftaran serta SATU (1) salinan sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod bayaran pejabat ini semasa membeli dokumen tender. PERKHIDMATAN FOTOSTAT TIDAK DISEDIAKAN. 

 

2. Dokumen Tender berharga RM53.00 senaskah. Bayaran dokumen tender hendaklah dalam bentuk Wang Tunai /Kiriman wang Pos atau Deraf Bank atas nama "KETUA PENGARAH RISDA”. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

3. Dokumen-dokumen Tawaran Tender Teknikal dan Tawaran Tender Kewangan yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan dalam dua sampul surat berasingan yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan serta dimasukkan ke dalam satu sampul yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti dinyatakan di atas. 

4. RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan. 

 

5. RISDA berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran daripada mana-mana petender. Petender boleh menawarkan harga untuk keseluruhan atau sebahagian item/pakej. Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu tawaran yang berasingan.

 

‘’PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)"