Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

RISDA - Supply & Deliver PPG Equipment


PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI


Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia kod bidang 070303 (Peralatan & Kelengkapan Pertanian untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan bekalan dan perkhidmatan seperti berikut:-


No.Tender

7.0-01/2020


Tajuk Bekalan

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PAKEJ PERALATAN PPG BAGI SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB DI  SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2020.

 

i) ZON 1 (SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, JOHOR & MELAKA)

ii) ZON 2 (PERAK & PAHANG) 

iii) ZON 3 (TERENGGANU & KELANTAN)

iv) ZON 4 (PERLIS, KEDAH & PULAU PINANG


No.Tender

7.0-02/2020


Tajuk Bekalan

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN RANGSANGAN LATEKS BAGI SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB DI SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2020

 

i) ZON 1 (SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, JOHOR & MELAKA)

ii) ZON 2 (PERAK & PAHANG) 

iii) ZON 3 (TERENGGANU & KELANTAN)

iv) ZON 4 (PERLIS, KEDAH & PULAU PINANG


 

Taklimat Tapak  (KEHADIRAN DIWAJIBKAN)

 

20.01.2020 (Isnin) 

 

Waktu Pendaftaran: 11.00 Pagi - 11.30 Pagi

 

  • Hanya penama di dalam Sijil MOF sahaja yang  boleh menghadiri lawatan tapak dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama.  Untuk maksud ini, penama hendaklah membawa  Sijil Asal MOF serta Kad Pengenalan; 

 

  • Pembekal yang lewat tidak akan dibenar menyertai tender.

 

Waktu Taklimat : 11.30 Pagi  

Tempat: Auditorium Sultan Ahmad Shah, Tingkat G, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur 03-42564022


Tarikh/Waktu Tutup/ Pejabat Yang Mengeluarkan Tender 

 

10.02.2020 (Isnin)  

Jam 12.00 Tengahari  

 

Urusetia:  

Unit Gaji & Perolehan  Tingkat 7,  Bahagian Kewangan  Belanjawan Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur 


 

SYARAT-SYARAT KEPADA PEMBEKAL: 

1. Untuk pembelian dokumen, hanya penama di dalam Sijil MOF sahaja yang boleh membeli dokumen dan tidak boleh mewakilkan

pegawai selain daripada penama. Untuk maksud ini, penama wajib membawa Slip Kehadiran Tapak dan Sijil Asal MOF dalam kod bidang yang dinyatakan serta masih sah tempoh pendaftaran serta SATU (1) salinan sijil berkenaan untuk simpanan dan

rekod bayaran pejabat ini semasa membeli dokumen tender. PERKHIDMATAN FOTOSTAT TIDAK DISEDIAKAN. 

 

2. Dokumen Tender berharga RM53.00 senaskah. Bayaran dokumen tender hendaklah dalam bentuk Wang Tunai /Kiriman wang

Pos atau Deraf Bank atas nama "KETUA PENGARAH RISDA”. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

3. Dokumen-dokumen Tawaran Tender Teknikal dan Tawaran Tender Kewangan yang telah sempurna diisi dan ditandatangani

hendaklah dimasukkan dalam dua sampul surat berasingan yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Bekalan serta dimasukkan ke dalam satu sampul yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk

Bekalan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti dinyatakan di atas. 

4. RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk

menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan. 

 

5. RISDA berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran daripada mana-mana petender. Petender boleh menawarkan harga untuk keseluruhan atau sebahagian item/pakej. Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu tawaran yang berasingan.

 

‘’PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)"