Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Teknologi MARA - Services For Rental Furnitures


 

Tawaran adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Pembekalan/Perkhidmatan seperti berikut:-


BUTIR-BUTIR TAWARAN

No.Tender: UiTM/PER/T/3/4/20

Cadangan Membekal, Menghantar, Menyusun Atur  Dan Menyelenggara Perabot Sewaan Untuk Blok  Delima, Kolej Kediaman Delima, UITM Shah Alam Bagi Tempoh Lima (5) Tahun

 

Kod Bidang : 020199

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah


TEMPAT PAMER, JUAL DAN TUTUP TAWARAN

 

Pejabat Bendahari

Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset 

Unit Panggilan Tender & Sebut Harga

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan


 

1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamer mulai 10/01/2020. 

2. TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK BAGI TAWARAN DI ATAS AKAN DIADAKAN PADA 16/01/2020 JAM 11.00 PAGI DI BILIK MESYUARAT DELIMA 3, KOLEJ DELIMA, UiTM SHAH ALAM. Kehadiran Petender ke Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN. Hanya Petender yang hadir Taklimat Tender sahaja yang akan dibenarkan membeli Dokumen Tawaran. 

 

3. Hanya penama di dalam Perakuan Kementerian Kewangan (KKM) sahaja yang boleh menghadiri taklimat dan lawatan tapak tersebut. Petender tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam sijil yang dinyatakan. Dokumen Tawaran boleh dibeli Selepas Taklimat dan Lawatan Tapak pada waktu pejabat dengan menggunakan Wang Tunai/Deraf Bank atas nama BENDAHARI UITM 

 

 

4. Petender yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat dan Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan seperti berikut : 

I. Tidak dibenarkan menyertai Taklimat dan Lawatan Tapak 

II. Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini 

III. Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan 

 

5. Petender-petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran KKM dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada) beserta SALINAN sijil-sijil yang berkenaan semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut 

 

6. Tawaran ditutup pada 06/02/2020 jam 12.00 tengahari. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.