Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services Tender | Design

Universiti Kuala Lumpur - Implementation Of New Learning Tool Program


1. Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang masih sah pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang 130101 (Mesin dan Kelengkapan Bengkel) atau 130102 (Mesin dan Kelengkapan Khusus) dan 110403 (Sistem, Peralatan, Alat Ganti Keretapi Dan Aksesori) untuk menyertai tender berikut:-


 

NO. TENDER

UNIKL/T/MIDI/MIRAIL/RMK11-  RP4/2020/005


TAJUK

CADANGAN MEREKABENTUK, MEMBEKAL, MENGHANTAR  MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAH PERALATAN LATIHAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM "SIJIL PROFESIONAL TEKNOLOGI REL (MIRAIL)" UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIA ITALY DESIGN INSTITUTE (UNIKL MIDI)

 


HARGA DOKUMEN TENDER

 Harga tender adalah sebanyak RM1,000.00 (tidak dikembalikan)


TEMPAT, TARIKH & TEMPOH DOKUMEN DIJUAL

 

Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI),  No 119, Jalan 7/91, Taman  Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

 

Mulai: 13/01/2020 (selepas taklimat tapak) Hingga: 24/01/2020

 

ISNIN - JUMAAT 

9.00 pg – 12.30 tgh

2.30 ptg – 4.45 ptg


TEMPAT TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK

Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute  (UniKL MIDI) No 119, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala  Lumpur. 

Tarikh: 13/01/2020 

Masa: 10.30 pagi 


TARIKH TENDER DITUTUP

03/02/2020 (Isnin) Jam: 12.00 tengah hari


 

2. Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

 

i) SIJIL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

iii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama UNIVERSITI TEKNIKAL MARA SDN. BHD. Wang ini tidak dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

4. TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK ADALAH WAJIB. Hanya Pemilik/Penama syarikat seperti nama yang terdapat di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat tender. Wakil syarikat adalah tidak dibenarkan menghadiri sesi taklimat. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan ini tidak dibenarkan untuk menyertai tender. 

 

5. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal. 

 

6. UniKL berhak mempersetujui nilai tender sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan tender. 

 

7. UniKL tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. UniKL berhak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

8.Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGURUS KANAN BAHAGIAN PEROLEHAN

TINGKAT 30 1016, JALAN SULTAN ISMAIL

50250 KUALA LUMPUR. 

 

Tarikh Tutup Tender pada 3hb Februari 2020 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari. 

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima.