Asklegal

Tender | Vehicle Tender | Services

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang - PBAPP Vehicle Implementation


Tender adalah di pelawa daripada kontraktor-kontraktor dengan pendaftaran masing-masing yang masih sah laku selama 90 hari dari tarikh tutup tender bagi kerja-kerja berikut:-


Bil.2


No. Rujukan Tender

TENDER/FA/02/20


Tajuk Tender

PENYELENGGARAAN KENDERAAN PBAPP UNTUK TEMPOH 24 BULAN 


 

Bidang Pendaftaran & Syarat Kelayakan

 

  • Kementerian Kewangan Malaysia Kod bidang 110301 dan 110302 atau 220104 atau 220105 atau 220107 dan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Maklumat Perniagaan / Korporat

 


Tarikh, Masa & Tempat Taklimat / Lawatan Tapak (Wajib)

 

15.01.2020 (Rabu) 

 

10.00 Pagi Berkumpul di Pejabat Unit Elektrik, Jabatan Fasiliti Kompleks PBAPP Padang Tembak, P.Pinang.


Harga Dokumen (RM)

250.00

(Dari 15.01.2020 sehingga 14.02.2020)


Tarikh Tutup (Sebelum Jam 12.00 Tengahari)

18.02.2020 (Selasa) 


 

Dokumen Tender akan dipamerkan mulai 15.01.2020 pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

 

Taklimat Tender / Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN mengikut tarikh yang ditetapkan seperti di atas. Kontraktor yang mempunyai syarat kelayakan/bidang pendaftaran seperti diatas dan berminat hendaklah berkumpul di tempat tersebut di atas.

 

Dokumen Tender akan dijual mulai selepas lawatan tapak pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

 

Harga setiap naskah lengkap Dokumen Tender adalah seperti tertera di atas. Bayaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil kontraktor yang sah. Untuk maksud ini wakil kontraktor hendaklah hadir dengan membawa salinan asal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Maklumat Perniagaan/Korporat), CIDB, SPAN dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dengan setiap satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air-Pulau Pinang Sdn. Bhd.

 

Dokumen Tender hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada:-

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 

PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN. BHD. L4, ICT, FASA 1B, TINGKAT 4, KOMPEKS TUN ABDUL RAZAK, JALAN PENANG 10000 PULAU PINANG

 

dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Seksyen Pengurusan Kontrak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF